Saturday, July 9, 2011

Polis tembak tepat ke muka Anwar


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDaewqD9l6taF8l2unFTZpY6tvT1vTO0qGTTjOz8XbqPiPYnqOi7ke9uP-8rDyXfSEbUaKYwNJQlv9Lkt0pzy0EOtyy8JO5p-qauy1oKev6reEhv-fr5mqGjUOgwgy4fB14-6xSzHN9mR6/s400/.nm.jpgKUALA LUMPUR 9 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.
Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut.
Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.
"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.
Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.
"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.
Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.
"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.
“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan.

3 comments:

Anonymous said...

memang kebanyakan polis ni hati kering... jangan kata orang tua, budak kecik pun dia tibai kalau datang angin dia...

Anonymous said...

Hati keringlah mereka ini bila berhadapan dengan orang yang tidak mahu melawan dan tidak pernah belajar menggunakan senjata. Kalau di luar negara seperti Iraq dan Pakistan, bukan setakat muka, bulu kening pun tak berani nak angkat. Tetapi kalau kerap sangat mereka menggunakan kekerasan terhadap orang awam, mereka akan bertemu juga buku dengan ruas akhirnya, kerana rata-rata rakyat dah terlalu benci dan muak dengan kerenah mereka ini.

Anonymous said...

polis menjalankan tanggungjawab mereka.. kenapa dh tahu ada budak2 dibawa sekali ke sana?? sebagai pemimpin yang mahukan "BERSIH" wajarkah mengorbankan budak dan bayi semasa belakunya perhimpunan itu?? jika ada sense of humanity in you.. sepatutnya sedar pekara ini menyumbang kepada banyak aspek negatif... sebagai rakyat kita mahukan keamanan bukan kekacauan.. sebagai rakyat kita mahukan pepaduan bukan propaganda... fikirlah jika ada yang mati masa itu kan tidak bagus dipandang masyarakat luar??