Monday, July 11, 2011

Pasti Al-Munir juara sukaneka Pasti Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 12 Julai : Pasti Al Munir, Taman Murni telah dinobatkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Sukaneka Pasti Kawasan Parit Buntar yang diadakan di Dataran Purnama Kampung Kedah.

Pengerusi Pasti Kawasan Parit Buntar, Amir Abdullah Thani berkata, sembilan Pasti yang terlibat adalah Pasti An Nur, Pasti Al Muqtasim, Pasti An Najah, Pasti Al Munir, Pasti Al Imtiaz, Pasti Ad Deen, Pasti Al Hasanah, Pasti Al Hidayah dan Pasti Al Ansar.

“Acara dimulakan dengan bacaan ikrar pelajar Pasti. Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan yang melibatkan lebih 200 pelajar Pasti dari sembilan buah unit.

“ Antara acara yang dipertandingkan adalah lari pecut, lari membawa bola, isi air dalam botol, menyusun huruf hijaiyah dan nombor Arab ” katanya

Menurutnya, kejohanan pada tahun ini begitu meriah dengan turut dihadiri oleh ibubapa dan keluarga murid.

“ Acara untuk ibu bapa juga disediakan bagi meraikan kehadiran mereka. Golongan ibu disediakan dengan acara memasukkan benang dalam straw manakala golongan bapa dengan acara mencari harta karun.

“ Bagi kanak-kanak selain pelajar Pasti di sediakan acara meniup belon dan acara ini menarik penyertaan paling ramai peserta“katanya

Amir berkata, sukaneka Pasti Parit Buntar diadakan setiap tahun bagi menampilkan semangat kesukanan serta menyihatkan tubuh badan khasnya kepada pelajar Pasti.

“ Pasti sentiasa mengambil berat akan prestasi fizikal para pelajar selain mementingkan tahap pencapaian dalam akademik.

" Kita mahukan pelajar Pasti mempunyai satu keupayaan yang amat memberansangkan bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan” katanya

Menurutnya , sungguhpun cuaca agak panas pelajar Pasti yang menyertai sukaneka ini tetap menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi ditambah dengan sokongan ibu bapa yang hadir memeriahkan suasana.

Sukaneka ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Lembaga Pengarah Pasti Perak, Mohd Hadri Abu Hasan dan turut hadir dalam majlis adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Abdul Baharin Mat Desa dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah.


Pasti Al-Munir selaku juara keseluruhan kejohanan sukaneka Pasti Parit Buntar


Wakil semua Pelajar Pasti mengetuai bacaan ikrar


Acara lari membawa bola


Acara untuk ubu bapa turut diadakan

No comments: