Monday, July 11, 2011

PM arah polis guna kekerasan dipecat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtTOKAMHm37j6QxZ91Q18VlXEKh6jvFia4-7uVx_TAZCJjwBhoEqN0JDFe-YTNbcdyI5aYEBctloNxR42K1JlzTcu1saNWV6rjXyhoTM_35_4cClhUyFigZZsSxkrSh_HCH8jv7Qhl3ZE/s400/rusuhan+di+mesir-penunjuk+perasaan+ditangkap+polis.jpg
Ini polis di Mesir semasa Regim Mubarak memerintah

Selepas Regim Mubarak jatuh, polis yang ganas akan dipecat.

Polis di Malaysia harap ambil la iktibar dari apa yang berlaku di Mesir. Bila ada kuasa pukul , tendang, terajang, tembak orang awam.

Jika menurut perintah pun, jangan la melangar batas sampai tak ingat dosa, tak ingat mati.

KAHERAH -
Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, kelmarin mengarahkan anggota polis yang menggunakan kekerasan dan menyebabkan kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan revolusi untuk menggulingkan bekas presiden, Hosni Mubarak supaya dipecat.

Dalam ucapan disiarkan stesen televisyen tempatan sehari selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Sharaf menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Dalam Negeri.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak mengadakan demonstrasi terbaru untuk menuntut perubahan pimpinan politik agar segera dilaksanakan bagi menggantikan pemerintahan tertinggi tentera pada masa ini.

Perdana Menteri Mesir itu juga berjanji mengarahkan pembentukan ahli jawatan kuasa untuk menyiasat semula kejadian penunjuk perasaan yang terkorban akibat tindakan kekerasan pihak berkuasa dan siasatan dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin di bawah pemerintahan Mubarak dalam tempoh terdekat.

No comments: