Tuesday, July 12, 2011

Pengalaman Bersih 2.0 Group Transnasional Parit Buntar

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 1


Tiket pergi dan balik, Highlight hijau adalah tiket balik

Nota : Pengalaman ini ditulis oleh kawan saya iaitu Omar Abdul Aziz

Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar.......

Walaupun entry ini disiapkan lewat pada asalnya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan masa yang agak terhad, tapi rasanya masih tak terlewat untuk di kongsi pengalaman menarik ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan haram kata sepupu PM. Memanglah haram sebab Bersih tidak pernah berdaftar dengan mana persatuan pun. Kelakar juga menteri-menteri bangang nie. Mufti hanya berdiam diri, bab arak dan judi tak pulak mengatakan haram. Lantak lah, janji Ana dah bertekad akan turun bersama sahabat untuk sama-sama memperjuangkan 8 tuntutan tersebut. Seminggu sebelum Ana berangkat ke sana, macam-macam ugutan dari pihak kerajaan antaranya menahan individu yang terlibat di bawah akta darurat, saper kerja gomen akan dibuang kerja dan berbagai-bagai ugutan di media arus perdana. Ana tekad akan turun juga kecuali jika tidak dengan keizinan Allah SWT.

Sebelum Ana ke sana, Ana telah berpesan kepada isteri Ana, jika Abang di tangkap di ISA atau pergi buat selama-lamanya, baliklah kampung, jagalah anak-anak sebaik-baiknya, terapkan ilmu agama kepada anak-anak dan paling penting jangan tinggal sembahyang fardhu lima waktu. Jika di takdirkan dibuang kerja, buat bisnes Steam Boat macam Abby buat. Jangan mara Abby, rezeki di mana-mana. Itulah pesan Ana kepada Wife dan parent Ana. Hidup ini hanya sementara, yang kekal hanyalah kehidupan di sana kelak.

Tanggal pada 8hb .07.2011 jam 9.30 malam kenapa hati ini berdebar-debar untuk bersiap-siap ke Bersih 2.0. Ana siapkan diri Ana. 9.45 mlm bertolak dengan menaiki Kereta Wira Ana. Dalam perjalanan sempat menelefon Ibu Ana yang Ana sayangi dan Aina dikasihi. Ana memohon restu dari Ibunda Ana, doakan Ana selamat pergi dan balik. Jika Ana tidak pulang Ana berpesan kepada Ibu Ana, jagalah Aina (Isteri Ana) sebaik mungkin. Itulah pesanan terakhir Ana kepada Ibu Ana. Ana tumpangkan sahabat Ana iaitu Siper Fisabilillah dan Birasnya. Ana lupa la nama biras Fauzan.

Dari rumah Fauzan Ana terus ke Rumah Abg G(Ust Fakrulrazi - Ketua Penerangan PAS Kawasan). Hati mana yang tenang apabila meninggalkan isteri dan anak? dalam keadaan mahukan demokrasi tertegak di negara ini. Dalam keadaan isteri sarat 7 bulan, hanya secebis doa yang dapat Ana pohonkan. Semoga Allah SWT dapat memberkati pemergian kami untuk tegakkan Keadilan di muka bumi Malaysia ini. . Di rumah Abg G kami berkumpul dan tergambar lah satu semangat baru dari kami yang mana datang nya dari pejuang sejati antaranya Ustaz Jafri Abu Bakar, Abg G, Abby, Al Tunggali, Sahabat baik ana Joe Pg, Siper Fisabilillah, Iman muda dari masjid Ptg Janggus, Ana tak ingat nama imam tue dan ramai lagi. Nak sebut ramai sangat sampai 62 Pejuang semuanya termasuk pelajar postgrad. Kami di tarbiyah di Surau Mujahideen, Kg Kedah, mana boleh tunggu lagi bila datangnya panggilan jihad. Ini semua hasil tarbiyah kuliah oleh sapa lagi kalau bukan Abg G. Terima kasih Abg G, moga Allah limpahkan rahmatnya kepada Abg G sekeluarga.

Hampir jam 11mlm 8hb.07.2011 kami bergegas ke stesen bas Parit Buntar. Kesemua 4 biji kereta jugak kesana. Setiba di sana kami berkumpul sehingga 62 orang semuanya, 2 biji bas. Ramai SB di sana, tapi apa peduli, nak tangkap-tangkap la bentak dalam hati ini. Semangat ramai nak takut apa. Allah SWT ada. Ini semua semangat yang ditinggalkan oleh AS- Shahid Ustaz Ibrahim Libya, tarbiyah Tok-tok guru dan ustaz kepada kami.

Bertolak dari Parit Buntar Jam 12.30 mlm (09.07.2011) dapat berita kena langgar banyak road block sebab tue la lambat. Di atas bas sebelum perjalanan sempat juga Abg G member sedikit taklimat ringkas dan membaca Doa, moga perjuangan ini diberkati Allah SWT. Sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang jam 5.30 pagi 09hb 07.2011 (tarikh keramat). Sahabat Ana Joe Pg silap beli tiket, naik bas lain. Ana pun tak tau camna dia boleh silap beli tiket. Pecah perut Ana nak tergelak. Tranasional dan Mara Linear sikit punya beza ka. Lain la kalau Royalti dan Ehsan, Nampak lebih kurang tapi maksud memang berbeza. Siap ambik tiket balik jam 5.30 ptg 9hb 07.2011. Camna boleh silap pun Ana tak tau. Sampai Ana buat entry nie pun dok gelak lagi sorang-sorang. Joe Pg oh Joe Pg.

Kami terus solat subuh berjemaah di Masjid Jalan Duta(Wilayah). Selesai solat Ana perasan betapa ramai orang dari segenap negeri datang dengan tujuan dan matlamat yang sama. Ada dalam lingkungan 200 orang berkumpul di Masjid Wilayah. Dari Masjid Wilayah kami terus ke Brickfield dengan menaiki teksi dengan bayaran RM 20/4 orang/kereta. Paham-paham sendiri la sorang kena caj baper, Ini KL.

Setibanya di Brickfield kami menjamah apa yang patut disitu, Ana sempat balun nasi lemak mamak, pedas cam nak perli kami jer mamak, Sahabat Ana perasan yang ada sorang mamak tue muka cam Siva speaker Dun Perak. Betul la Ana cakap. Kalau korang tak percaya try ler pergi makan kat sana. Makan line clear ada orang sponsor. Makan di KL jangan buat main, silap-silap kena basuh pinggan kat belakang. Terima kasih diucapkan kepada yang sponser kami makan pada pagi tue. Nie bukan rasuah macam BN, nie kira kenduri.

Inilah Pejuang-pejuang Islam yang rela Shahid,Anda ada berani.

Inilah Berkat Tarbiyah Tok Guru & Ustaz-ustaz.

Habis menketedarah pada pagi itu kami berjalan kaki terus ke Masjid Negara dan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Waktu tepat tak ingat, agak-agak ja la. Kami berjalan hampir 6 km dari kedai mamak. Ketika dalam perjalanan sungguh ramai abg polis di serata jalan. Ada kenderaan yang terserempak dengan kumpulan kami ketika berjalan, ada yang melaungkan takbir. Fuh sungguh semangat hati ini. Tapi apa nak buat polis lebih ramai dari kami.

Setibanya kami di Masjid Negara kami sempat bersihkan diri, mandi, niat beriktikaf, solat dhuha, mengaji dan ada juga yang sempat melelapkan mata buat seketika. Bermulalah episod hidup dalam pelarian dalam pekan KL di sini. Dalam keadaan tenang dan nyaman, ketika mana Ana sedang membaca Surah Yassin, tiba-tiba kami dikejutkan dengan serbuan pihak polis di dalam Masjid Negara, Ana yang ketika itu sedang membaca Surah Yassin, Ana gagahkan jua untuk menghabisnya. Abg G dan Abby yang terlena tidak berapa jauh dari Ana terkejut serta terjaga dari tidur. Dalam keadaan yang kelam-kelibut, terdengar lah saranan dari sorang pejuang yang mengatakan “kita solat hajat ramai-ramai”.

Itulah kelebihan jemaah PAS, sempat lagi berfikir. Kami semua terus bingkas bangun untuk solat Hajat walaupun Ana tidak sempat habis membaca Surah Yassin. Ketika kami sedang solat Hajat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemas nya hati ini, solat hajat di kelilingi puluhan polis. Memang kami semua sembahyang tidak dalam keadaan khusyuk di sebabkan terdengar dari Walkie Talkie polis dengan jelas “Sesiapa yang berada di dalam Masjid Negara, tangkap mereka”. Dalam hati ini berbisik sayu, Ya Allah, selamatkanlah kami ini, permudahkanlah urusan kami hari ini, jika mati, biarlah mati dalam memperjuangkan agama mu, kalau ditangkap, biarlah ditangkap dalam redha mu, Ya Allah. Terfikir juga dalam fikiran ini, ini baru sikit dugaan, umat Islam di PALESTIN lebih berat dugaan dari ini. Datang lah sedikit semangat selepas terfikir sejenak.

Paling best part ini imam yang megimamkan kami membaca doa hampir ½ jam. Polis Juga turut amin doa yang dibacakan imam tersebut, Ana kurang kenal imam tersebut. Sahabat Ana cakap imam tersebut datang dari pimpinan PAS Negeri Perak yang datang bersama anak muridnya. Hati Ana terus berdegup kencang, mana taknya, hampir ditangkap sebelum berjuang. Tak dapat dibayangkan solat hajat berjemaah dalam keadaan dikepung oleh Polis, SB dan FRU. Hanya tuhan yang tahu perasaan ini. Selesai solat kami di arahkan besurai. Alhamdulillah, mungkin ketua polis yang berada di situ berubah fikiran selapas mendengar doa yang di baca imam tadi walaupun arahan menahan kami dikeluarkan. Amin, syukur diri ini dan rakan-rakan masih boleh pergi berjuang. Kami meninggalkan masjid negara dalam linkungan jam 9.00 pagi 09.07.2011.

Nantikan sambungan seterusnya. Panjang la beb. Nak edit gambar dan ayatnya pun ambil masa. Pergh....!

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

2 comments:

kak norli said...

Assalam...habiskan lah cerita Ana tu...Akak x sabar nk baca...sukanya cerita tu..smbung lagi ya....

Siti Nur Amirah said...

abg G tu atok sedara sy!!!subhanallah..kecik dunia..sampaikan salam ye..ckp sy amirah 1 skolah idrisiah dgn mubin ank dia..mst kenal pny..sy ada kat kl sentral..dlm kelompok pimpinan..