Saturday, July 30, 2011

POLIS BOHONG LAGI !!! Suhardi tak pernah bersembunyi, tak pernah dihubungi polis

Shuhardi nafi enggan bekerjasama dengan polis

Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

“Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

“Saya masih hidup… yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

“Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

Saman blogger

“Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu,” katanya.

“Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya,” katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi “facebook” dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua “aksi” kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.

“Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah “desperate” untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah,” katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Bernama

7 comments:

Hamdan Rukun said...

OOO !!

NAK SURAT RASMI YER ? AMBOI BESARNYA SUHARDI..

BETULLAH JUGAK. DIA BUKAN RAKYAT BIASA..DIA ORANG MEWAH. MESTILAH DILAYAN DENGAN CARA YANG BETUL..

HE!HE!HE!

Anonymous said...

polis kalau tak bohong kenapa tak pergi ambil kenyataan Suhardi. Sampai dia terpak keluar kenyataan sebab nampak sangat polis bohong.

Komen luncai abaikanlah tak de kelas punya komen. Lebih teruk dari polis. Pencacai umporno la katakan

Anonymous said...

apa salah suhardi...dia bukan berlakon sbb dia pun kena sembur dgn gas pemedih mata yahudi hari itu dan memang dia pengsan(berdasarkan photo pada 9 julai lalu)..kalau orang lain tersalah lapor/tersalah orang,itu bukan masalah beliau dan beliau katanya sedia berkerjasama...apahal polis ni tak habis2 buat masalah dan timbulkan kontrovesi...yang lucunya sudah pendakwaan di mahkamah ke atas orang yang pakai baju 'bersih' yang berjuang untuk pilihanraya bersih dan adil...inilah kerja gila jabatan2 kerajaan sekarang jadi pencacai orang gila.

Anonymous said...

Ape yg pasti bila Khalid jadi IGP nanti akan samelah PDRM dizaman Rahim Nor (samseng beruniform) atau setidak2 nya same mcm zaman anak Ustaz Tersohor Musa Hassan kaki kelentong, arini ckp lain esok lain..

Anonymous said...

waktu PR perintah m'sia nanti,aku tak tahu apa polis nak beri alasan kpd kerajaan PR atas kezaliman2 polis ni...kalau beri alasan 'atas arahan BN' maka aku tak terima alsan ni kerana buat kerja tak pakai otak...kalaulah itu alasannya, aku nak minta jasabaik kerajaan PR beri kpdku sorang pegawai polis berkenaan ,akan ku beri tugas baru kpdnya --menjilat juborku setiap malam..tentu geli dan sedap rasanya.

Anonymous said...

kalu aku jadi najib,aku biarkan demokrasi berjalan lancar,semua jabatan kerajaan bekerja secara profesional dan berbaik baik dgn pembangkang dan insafi kesalahan lalu...aku rasa beliau akan menang besar dlm pru...kalau kalahpun mungkin pendakwaan keatas kesalahannya akan mendapat simpati rakyat..jangan ikut perangai mamak kuti...sudah dibenci rakyat dan menunggu masa utk dihukum didunia...hukuman Allah lagi hebat dan sehingga hari ini beliau masih belum bertaubat(aku yakin).

tok perak said...

Polis ni takde maruah langsung...berbohong adalah perkara yang serius dalam hidup ini ..sekira nya seseorang individu itu pernah berbohong dengan haiwan ternakan seperti kucing pun tidak dibenarkan diambil sebagai saksi..ini bagaiman dengan Tim. Ketua polis negara boleh berbohong dengan rakyat Malaysia, bermakna Malaysia akan diselubungi dengan kenyataan bohong...ini bukannya masaalh kecil...perlu ditangapi denga serius