Monday, August 22, 2011

SU Agung PAS: Saya tidak akan minta maaf, jumpa di mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVJQ1mkww6IxbTIPvGrDP1jBW6rg_U-cMpBJMsSdZ_b8Wb50kPp2LeSkdqu31vKGpOusbyjPhh2HjpkZtUGle9INfCpFTU8YghJXb3Svsh5EYWC3HLiJMF170qEh9zILInyScf9aO3DiVR/s1600/mustapa+ali.jpgKUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.


Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.


“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.



Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.

“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.

Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.

Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.

Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

3 comments:

Anonymous said...

kalau betul umno dalang serbuan gereja di selangor bagus lah.....apa yang slahnya lagi bagus memerangi golongan murtad. kalau PAS tidak menyokong tindakan jais dan hasan ali lebih baik diam daripada menuduh orang lain.

p/s: banyak kenyataan dari PAS yang cenderung membela pihak gereja.

Anonymous said...

umno bukan nak halang murtad tapi politikkan isu. pas bentang rang undang2 murtad tapi umno tolak.

pencacai umporno punya komen semua sama sahaja

Anonymous said...

ok cuba kamu fikir....kamu ingat DAP akan terima undang2 murtad ni???? sebelum jadi kerajaan dah cakap tentang negara islam.....majoriti parlimen DAP pegang mcm mana PAS nak luluskan undang2 tanpa 2/3 undi parlimen....dulu cakap umno kafir sebab bersubahat dengan kafir. sekarang PAS x bersubahat ka? x kafir pulak ye..?

p/s: matlamat menghalalkan cara...