Wednesday, August 24, 2011

TERKINI!! Liwat Fasa 2: Pakar DNA Sahkan Ahli Kimia Bohong!!


Pakar DNA dan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonald (gambar, belakang kiri) yang membuka gelanggang mahkamah hari ini memberitahu bahawa analisis makmal terhadap ujian DNA oleh dua orang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.

Dr Brian memberitahu mahkamah, kredibiliti keputusan ujian DNA boleh dipersoalkan memandangkan makmal yang diuji sebenarnya belum mendapat kelulusan akreditasi daripada American Society of Crime Labs Directors (ASCLD).


Peguam Anwar, Ram Karpal yang menyoal Dr Brian memberitahu bahawa terdapat dua permohonan untuk mendapat akreditasi daripada badan makmal tersebut.


Dokumen pertama adalah permohonan mendapat kelulusan akreditasi tetapi ditolak pada 2005 manakala dokumen kedua adalah surat daripada ASCLD yang meminta Jabatan Kimia Malaysia membuat dokumentasi baru bagi menyokong permohonan semula.


Malangnya sehingga kini, makmal tersbut masih belum mendapat pengiktirafan ASCLD dan inilah yang dipersoalkan Ram Karpal.

Dr Brian memberitahu pengkitirafan dan akreditasi ASCLD perlu sebagai satu kaedah sesuatu makmal forensik atau kajian DNA diiktiraf dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Malah, Dr Brian juga menganggotai NATA (National Association of Testing Authorities) sebuah badan yang mempunyai makmal dan diiktiraf oleh ASCLD.


Ini sekaligus bermakna keputusan ujian DNA yang dijalankan oleh Dr Seah Lay Hoong (kanan) dan Nor Aidora Saedon boleh dianggap cuai dan tidak sah untuk mendapat pengiktirafan kerana menurut peguam Anwar, Sankara Nair, makmal Jabatan Kimia Malaysia pun masih tiada memperoleh sijil ISO MM17025 yang diperlukan untuk kes jenayah dan makmal jenayah.


Sijil ISO MM17025 adalah sijil paling minimum untuk sesebuah makmal jenayah mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian berkenaan DNA dan genetik termasuk DNA jenayah.


Bagaimanpun, Pendakwaraya II Yusof Zainal Abiden membantah permohonan Ram Karpal untuk memasukkan kedua-dua dokumen tersebut sebagai barang bukti dengan alasan ia tidak berkaitan dengan perjalanan kes.


Perbicaraan ditangguhkan jam 1236 tengah hari dan akan disambung jam 220 petang.


LAPORAN PENUH MENYUSUL


JALAN PULANG



Peguam Anwar bangkit kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD


Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.


Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

14 comments:

Anonymous said...

come on la bro.. skng da malaysia da kena jadi ekor america kew? klu mmg lembaga kimia malaysia lum diakreditasikan.. so ujian2 DNA bg kes2 kat malaysia ni smua x betul la yer?

Anonymous said...

mmg xbtol la..dh nama xikut standard.. apa la lu ni..

Anonymous said...

hang tau apa pencacai umporno, tak hang setakat tv3 suku, utusan meloya itu je. sebab tu komen tak cerdik.

Anonymous said...

Dah xikut piawaian xleh pakai le... ngape bodoh sangat pencacai ni.. Apae2 pun dlm dunia ni mesti ada piawaian baru ada STANDARD faham tak, ngok...

Anonymous said...

kenapa x bersumpah jer?
kita ikot standard islam yang 1 dunia guna..kalo dituduh sesuatu bersihkan nama dan kehormatan melalui sumpah laknat :)

Anonymous said...

sumpah laknat cuma standard 1MSIA.Rogol kalu, sumpah saja boleh bebas ka?

Anonymous said...

Apa punya tolol suruh bersumpah...sumpah2 tu ezam je yg pakai..........apa punya turrrrr

Anonymous said...

Mcm tu nanti aku rogol sedara mara kamu lepasa tu aku bersumpah aku tak rogol...........boleh ke? Cuba jawab sikit solan ni si tukang sumpah(Sampah)

Aku benci kejahilan UMNO said...

So apa tunggu lagi tuan hakim yang bijaksini, buang jelah bukti DNA dari kes tu. Mana boleh pakai bukti yang tak sah... berdosa. Kalau digunakan juga nanti jadi asas rujukan untuk masa depan... susah dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Mgkn da jd TREND umno..da tau ade piawaian tp maen langgar je..peduli ape dorg ngan piawaian yg mmg d'gnekn sbgai garis panduan sstu bnde ato p'kre..jnji dorg dpt kkl kn parti dorg..mslh2. . .

Anonymous said...

SATU DUNIA DAH TAHU INI SATU CONSPIRACY.....

ajeha said...

dpd jadi pencacai umporno, lebih baik jadi pencacai angkat najis lagi baik...ada jgk faedahnya

Anonymous said...

dah tadak standart..mn leh main sebat je bdoh.. mcm la ko jugak brg elektrik ko nk guna..tada cop sirim..mpos ko kn tusuk dek elektrik..komen tu biar lah bernas..kalau ko tak dpt nk terima tuh usah la komen..buat malu parti umno je..nmpk sgt pencacai bongot umno amat bdoh teramat..pergi mmpos la dgn sokngan ko tuh..ak dah lama tingal umno..sbb benda yg bdoh n ayat spin dari pencacai2x ni lah.. smua men sebat je... smua halal n baik je kalau pihak umno.. tahi lembu ko..!!

Anonymous said...

ko nk bersumpah ke.? alah dlu kes liwat anwar 1.0 pon bersumpah je.tp ttp masuk jail jgk.. anwar bukan org bdoh agama cam juak2 umno yg bdoh serta jahil agama.. main2 dengan nama ALLAH yg suci.. tak pyh ckp byk..UMNO ni smua benda salah belah dia.smua ok.. ak tak paham lah dgn juak2 pencacai2 umno yg bodoh lagi sombong..perkara cmni pun tak leh nk pikir ke.. dokong sgt la pemimpin corrupt cmtuh.. ko pon merana.. al bdos tahap gampang..