Sunday, September 4, 2011

Kes kematian Noramfaizul : Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh tapi UMNO gila publisiti

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno.

1 comment:

Anonymous said...

Ape pun kedua bahalul yg saling tuduh menuduh ni umporno totok, bagi gua kedua2 mrk kalau x ade dalam dunia ni lagi bagus, perkauman dan pemecah belah rakyat hya melayu berjiwa hamba aje caya ckp mereka. PERGI JAHANMLAH KEDUA BAHALUL NI..