Sunday, September 4, 2011

UMNO berlakon pertahan Melayu tapi lupus khazanah Melayu

TINJAU KAWASAN KTM: Encik Shanmugam (kanan) dan BG Tan Chuan-Jin (enam dari kiri) melawat Stesen Kereta Api Bukit Timah semalam. — Foto ZAOBAO

Nota: Ini adalah antara agenda sulit Umno.

1- Melupuskan secara berperingkat khazanah dan harta negara.

2- Menghilangkan indentiti bangsa Melayu di bumi Melayu.

3- Sebahagian tanah Melayu dijual kepada cukong Cina dan sebahagian yang lain dijual kepada warga asing.(40% lebih Rezab Melayu lost in space)

4- Umno membakar semangat Melayu dengan retorikanya dengan niat melalaikan bangsa Melayu, dalam masa yang sama pemimpin Umno menerima habuan rasuah jutaan ringgit dari cukong Cina dan warga asing

Sejarah melupuskan khazanah Melayu oleh Presiden Umno. Baca di sini
Kawasan KTM dibuka kepada awam mulai 16 Sep


ORANG ramai boleh menikmati alam semula jadi sambil menghirup udara segar di sebahagian kawasan Landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) yang terletak berhampiran Stesen Kereta Api Bukit Timah (BTRS) mulai 16 September ini.

Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA), selain kawasan sekitar 1.4 kilometer itu, kawasan-kawasan lain di tapak tanah KTM juga akan dibuka kepada orang awam secara berperingkat.

Kawasan yang bakal dibuka kepada orang ramai itu terletak di kawasan dari jambatan kereta api di Bukit Timah menghala ke Holland Road.

Stesen Kereta Api Bukit Timah juga akan dibuka kepada orang ramai.

Semalam, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Brigedier-Jeneral (BG) Tan Chuan-Jin, telah mengunjungi kawasan tersebut dan diberi taklimat oleh para pegawai kanan SLA.

Landasan kereta api di kawasan itu sudah mula ditanggalkan ( Lihat gambar di sini ) dan SLA telah menanam rumput di bekas landasan tersebut.

Ketika ditemui, Encik Shanmugam berkata SLA telah memastikan bahawa alam sekitaran di kawasan tersebut tidak diusik.

‘Sebagai contoh, tidak ada sebatang pokok pun yang ditebang dan kami sudah pun mula menanam rumput,’ katanya.

Menyentuh mengenai proses memindahkan landasan kereta api itu, Encik Shanmugam berkata Singapura mempunyai tanggungjawab menanggal dan memulangkan kelengkapan landasan tersebut kepada Malaysia sebelum hujung tahun ini. ( Lagi gambar bersejarah di sini )
Singapura, menurut beliau, harus memastikan kelengkapan tersebut dipulangkan sebelum tempoh tersebut.’Ramai yang bertanya kenapa kita tidak menyimpan kelengkapan tersebut.

‘Namun, di bawah perjanjian dengan Malaysia, kelengkapan itu milik mereka (Malaysia) dan kita harus memulangkannya,’ kata beliau sambil menambah bahawa sekitar 30 peratus daripada kerja-kerja pemindahan itu sudah pun selesai.

Ditanya mengenai masa depan kawasan-kawasan KTM itu, BG Tan berkata Kementerian Pembangunan Negara sedang berbincang mengenai penggunaan kawasan tersebut.

‘Kami telah menerima pelbagai maklum balas dan idea mengenai apa yang harus dilakukan ke atas kawasan tersebut.

‘Kawasan ini akan dibuka pada 16 September dan ia akan dipelihara. Bagi kawasan lain, ia akan dibuka secara bertahap sebaik sahaja kerja-kerja pemindahan landasan selesai,’ kata BG Tan.
Hampir kesemua pemimpin Umno kerjanya menjual, menggadai dan melupuskan khazanah Melayu!!
Mahathir, Abdullah Badawi dan Musa Hitam terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menjahanamkan hak dan kedaulatan Melayu. Sila baca: Ini antara kerja mereka.

http://www.negarakita.com/Post-261692-Agenda+Sulit+UMNO.+Satu+demi+satu+dibongkar+dan+terbongkar

No comments: