Sunday, September 18, 2011

Orang Melayu semakin ramai bunuh diri di Malaysia

Oleh Abdullah Ngah

Anda mungkin tidak setuju jika jawapannya mungkin mereka yang bunuh diri bukan seorang "muslim". Atas sebab itu belum bertindak macam orang China yang senonim dengan kes bunuh diri sejak dahulu.

Jawapan diatas walaupun tidak mendapat persetujuan orang Islam kini, tetapi ia hampir menepati sasaran, kerana kes bunuh diri lazim dilakukan oleh orang Kafir yang kecewa dalam hidup diatas muka bumi Allah ini.

Mengapa anda seklian tidak setuju mengatakan orang melayu bukan seorang muslim, kerana orang Melayu itu islam dan islam itu Melayu pada istilah yang diterima pakai sejak sekian lama pihak kerajaan.

Rata rata setuju dengan Istilah itu hatta sudah begitu ramai orang melayu murtad menganut agama kristian. Malah katanya di Singpapura dan Indonesia sudah ada persatuan melayu kristian.

Di Negara Mesir bangsa arab beragama kristian suatu yang lazim.Malahan Negara itu memiliki pusat ternak babi terbesar didunia sebagai memenuhi permintaan yang begitu tinggi.

Maaf ya...kerana pergi lebih jauh sedangkan soalan yang saya timbulkan ini hanya berkisar pasal ramainya orang Melayu bunuh diri akhir akhir ini.
Bagi saya mungkin berpunca daripada "fatwa" ulamak yang mengatakan bunuh diri sebagai "dosa besar".

Kalau dulu fatwa ulamak mengatakan bunuh diri jadi kafir tak berbau syurga dan mayatnya tidak boleh dikuburkan dikubur orang Islam.

Atas sebab itulah mereka berfikir banyak kali nak bunuh diri.Maka bunuh diri tak banyak berlaku kecuali kepada orang China dan India saja.

Sejak akhir alhir ini bunuh diri semacam menjadi kelaziman bagi orang Melayu, termasuk gantung diri dan meminum racun.

Barangkali apa yang saya sebut itu ada asasnya. Kalau tidak mengapa berlaku demikian, sedangkan dulu tidak. Dengan adanya fatwa bahawa bunuh diri hanya dosa besar yang pada anggapan mereka dosa itu sama saja dengan dosa berzina, minum arak dan berjudi sepertimana yang kita sedia maklum.

Atas sebab itulah mereka berani melakukannya. Atas sebab itulah mereka berani melakukannya.Kalau berzina, minum arak dan berjudi dilakukan secara beleluasa orang yang bernama umat Islam tak musthail bunuh diri juga demikian.

Saya percaya fatwa itulah punca semakin hari semakin ramai orang Melayu yang menamakan diri mereka umat Islam membunuh diri. Lebih lebih lagi tak sampai jadi kafir kekal didalam neraka.

No comments: