Friday, October 14, 2011

HUDUD HANYA LIBATKAN ORANG ISLAM !!! Habis , kenapa MCA bersungguh buat kempen anti Hudud?

MARANG, 14 Okt 11: Masyarakat bukan Islam sebenarnya tidak perlu gusar dan bimbang dengan isu hudud yang kini menjadi polemik Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang PAS dan Pakatan Rakyat.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr B.Chandran berkata, orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu mempersoalkan isu hudud kerana ia hanya melibatkan orang Islam.

Katanya, jika ia masih timbul, mereka sebenarnya sengaja menimbulkan perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

“Isu hudud ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Kenapa perlu kita takut. Kita tidak perlu bimbang kerana hukum hudud hanya untuk orang Islam.

“Jika ia (hudud) masih timbul, itu (isu) sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang menjadikan hudud sebagai polemik untuk kepentingan politik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersantai sempena Program Al-Falah anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, di perkarangan Pasti Merchang, Marang, kelmarin.

Menurutnya, hudud tidak menjadi isu yang ‘menakutkan’ terutama kepada ahli DHPP kerana memahami dasar tersebut.

Katanya, DHPP Terengganu menyokong semua dasar yang dibawa oleh parti itu tetapi tumpuan kepada Negara Berkebajikan lebih penting.

“Negara Berkebajikan patut dilihat sebagai satu perkara penting daripada hudud yang tidak ada kena mengena dengan kita (bukan Islam).

“Di Terengganu, perkara ini jelas dan tidak ada langsung isu berkaitan hudud dibangkitkan kerana kita memahami tujuan hudud,” tegasnya.

Justeru itu, katanya pemimpin DHPP di seluruh negara disarankan agar bersama-sama dengan PAS bagi merealisasikan agenda sebuah negara berkebajikan.

Beliau mengingatkan ahli parti termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh pihak yang menentangnya.

Sebaliknya, kata beliau semua pihak perlu memahami pelaksanaan hudud itu hanya melibatkan kesalahan dan jenayah yang dilakukan orang Islam. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

sebab mca barua umno. umno takut hudud krn menteri2 mereka kaki rasuah, rogol amah, ambil duit zakat untuk kepentingan peribadi, anak menteri belasah anak org, minum arak, kaki perempuan, menteri lelaki bersama penyanyi lelaki.....sebab itu mereka takutkan hudud

Blogger said...

Bapak dia borek anak dia pun berintik....

Anonymous said...

Kalau dah ada undang-undang Hudud, bila terjumpa sapa2 yang kudung tangan/kaki bolehlah tanya masa dulu2 jadi ADUN/MP kat mane?

Anonymous said...

TUNAIKAN JANJI-JANJI PADA PRU 12 DAHULU.....TUTUP KILANG ARAK DAN PUSAT MAKSIAT DI SELANGOR!!! TUTUP PUSAT TERNAKAN KHINZIR!! BUKAN MODENKAN LAGI!!

LEMBU BERPEGANG PADA TALI MANUSIA BERPEGANG PADA JANJI!!!

PAS TOLONG BERTINDAK!!

Anonymous said...

ni rakyat umno yang tak tahu perlembagaan bawa isu yang dah lama dijawab.

Kilang arak dan pusat maksiat tu sapa punya, bila wujud, sapa yang dok banyak minum arak tu.Kalau orang cina itu hak dia nak minum tapi kalu puak umno macam parpu kari yang dok kedarah arak memang patut tutup.

Babi pun sapa yang dok makan, kalau orang cina itu hak depa. kalau pencacai umporno yang dok belasah babi. itu kena tutup

Anonymous said...

KALAU X BOLEH TUTUP AWAT BUAT JANJI MASA PRU 12??? KALAU KERAJAAN PUSAT LULUSKAN KILANG ARAK,PUSAT JUDI DEPA TENTANG HABIS HABISAN TAPI BILA DEPA JADI KERAJAAN NEGERI PANDAI PULAK CAKAP ITU HAK ORANG KAFIR!!! PUTAR ALAM PUNYA ORANG.

CIRI2 ORANG MUNAFIK APABILA BERJANJI TIDAK TEPATI.

Anonymous said...

lu la munafik sebab fitnah . lu tunjuk la manifesto PR janji nak tutup kilang arak dan pusat judi.

kalu lu tak boleh buktikan memang lu la ketagih arak dengan kaki judi, sebab masa lu punya parti perintah kilang arak dan pusat judi tu wujud.

apa lu kisah arak dan judi tu untuk orang cina, yang lu sama lu punya umno sapu arak dan judi juga apasal