Friday, October 14, 2011

TAK MUNASABAH LANGSUNG !!! Alasan 'kursus usahawan' untuk orang Indon

http://3.bp.blogspot.com/-p5svNd72A0Q/TkIs9YHUHzI/AAAAAAAAEwk/xye3B33KEVc/s1600/PR+PendudukTetap+2.jpgKUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut untuk mengambil MyKad.

Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma.

"Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Apa yang lebih melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.

Ini kerana jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

Tambahnya, jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara.

4 comments:

Anonymous said...

Tak ade ke agensi yg boleh mengendalikan kursus di negeri johor psl ape pulak nak kena dtg kt serdang ... org umporno boleh lah BN nak tipu... JOM ANTI PENDATANG..

Anonymous said...

bagi je ic kat smua pendatang asing yg ada di msia ni abis cita kalau nak sgt undi...siapkan pakej suami isteri skali...baru meriah masyarakat msia pasni...macam-macam ada

Anonymous said...

Ketua polis daerah ni bodoh tahap 2, kalau nak tipu pun biarlah betul2, dgn kakitangan kau bolehlah kau tipu begini, kerana semuanya jenis angguk belaka.

Anonymous said...

Mas!...Kalau udah aslinya Malaysia apa bisa aku dicalonkan sebagai wakil DPR? Sekiranya bisa, untuk Pak Polisi kesayanganku kamu jangan panasaran kerna aku tidak akan melupakan kamu...uhuk..uhukkk!!