Wednesday, October 26, 2011

Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar terus dapat sambutan

PARIT BUNTAR , 26 Okt.: Karnival Cakna Rakyat anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Terbaru, program berkenaan diadakan di di Perkarangan Masjid Tuan Guru Haji Arshad, Parit Tok Ngah , Jalan Baharu.


Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.


“Ini adalah usaha kita untuk lebih dekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka serta mengeratkan lagi hubungan PAS dengan penduduk setempat yang sedia terjalin.

“ Kami memberi peluang kepada penduduk sekitar Pekan Batu Lima, Parit Haji Yusuf, Parit Tok Ngah untuk menyertai pelbagai aktiviti dan acara yang disusun”katanya

Hairul Nizam berkata, program ini bermula jam 9.00 pagi, dimulai dengan ucapan pimpinan PAS Parit Buntar dan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin.

“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, pertandingan gubahan yang membabitkan golongan wanita.

“ Terdapat juga aktiviti yang membabitkan penyertaan anak muda disamping khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, semakan dan daftar pemilih “ katanya


Beliau memuji dan menyatakan rasa bangga dengan persiapan PAS cawangan Parit Tok Ngah Darat dan penduduk setempat yang bersungguh-sungguh membantu PAS Parit Buntar menjayakan program ini.

“ Kejayaan program ini banyak bergantung kepada kerjasama yang kuat dari PAS Cawangan dan penduduk setempat .

“ Ini merupakan carnival cakna yang kelima diadakan pada tahun ini. Semuanya , mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik” katanya


Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berkesempatan bersama dalam program bersama rakyat ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.



Penduduk tempatan menyaksikan acara yang diadakan


Seorang penduduk sedang mendapat nasihat kesihatan dari doktor sukarela


Dr. Mujahid sedang menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang