Sunday, October 9, 2011

MASUK PAS !!! Lagi ahli UMNO keluar parti

TELUK INTAN: Seramai 17 orang bekas ahli UMNO telah menyerahkan borang masuk ahli PAS dalam satu majlis anjuran PAS Teluk Intan. Borang keahlian PAS tersebut telah diterima oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin selaku tetamu undangan khas pada malam itu. Majlis telah diadakan di Parit 6, Pekan Rabu, Chenderong Balai.

Menurut Ketua PAS Cawangan Parit 5, 6 dan Pekan Rabu Tn. Hj. Abdul Manaf bin Saleh, kemasukan bekas-bekas ahli UMNO di cawangan tersebut menjadi ahli PAS menandakan bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat dan menandakan UMNO semakin tidak relevan pada masa kini akibat begitu banyak kepincangan yang semakin terserlah satu demi satu.

Penyerahan 17 borang ahli PAS daripada bekas-bekas ahli UMNO juga telah memberikan tamparan hebat kepada Ketua Cawangan UMNO di kampung tersebut Dato' Tajuddin Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Di dalam majlis tersebut, YB Anuar Sudin berpeluang menyampaikan tazkirah kepada ahli-ahli baru PAS tentang dasar PAS. Antaranya, beliau menekankan aspek perjuangan PAS adalah berdasarkan Islam dengan berpandukan kepada al Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW.

Selain itu, perjuangan PAS bukan perjuangan peribadi atau mengumpul harta tetapi sebaliknya perjuangan PAS adalah untuk Allah dan Rasul.

Gerak kerja PAS adalah bersepadu antara dakwah dan politik untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

"Kita (PAS) berdakwah untuk mengajak manusia ke arah jalan yang diredhai Allah dengan cuba merealisasikan konsep baldatun toiyyabatun warabbul ghafur," tambah beliau.Intan hijau

No comments: