Monday, October 10, 2011

Pesakit lumpuh terima kerusi roda sumbangan PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 11 Okt. : Kesukaran seorang warga emas untuk bergerak selepas lumpuh sejak sebulan lalu mendapat perhatian Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang menyumbang sebuah kerusi roda kepadanya.

Chik Awang, 75 memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian kerana tidak mampu berjalan.

Anak beliau Rasidah Muhammad berkata, bantuan kerusi roda yang diterima itu dapat membantu ibunya bergerak dengan mudah terutama jika ada kecemasan.

“ Kami bersyukur dengan sumbangan kerusi roda ini kerana ia membolehkan ibu saya bergerak lebih selesa.
''Terima kasih di atas bantuan kerusi roda sumbangan daripada PAS ini'' katanya.

Sementara itu, AJK PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad memberitahu berita mengenai kesukaran Chik Awang Manaf diketahui daripada penduduk setempat yang prihatin terhadap masalah beliau.

“ Seorang penduduk di sini memaklumkan tentang keadaan Chik Awang yang memerlukan kerusi roda kepada Lujnah Kebajikan PAS PAS Parit Buntar dan pada hari ini pihak kami menyampaikan sumbangan kerusi roda ini.

“ Saya berharap bantuan kerusi roda ini memberi keselesaan kepada Chik Awang untuk bergerak di dalam dan luar rumahnya.” katanya

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kerusi roda bersama Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim di rumah Chik Awang di Sungai Labu Bawah.

No comments: