
Pengerusi Pasti Mohd Amirul Hasni berkata majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
“ Majlis ini telah menimbulkan perasaan teruja pelajar Pasti apabila memakai pakaian konvokesyen dan menerima sijil menamatkan sesi pra sekolah di Pasti.
“ Perasaan gembira turut dikongsi bersama ibu bapa mereka yang hadir sejak awal pagi bagi meraikan anak-anak mereka .”katanya.
Mohd Amirul berkata, pelajar Pasti Tahun 6 dari sembilan buah Pasti di Parit Buntar telah menerima sijil pada majlis ini.
“ Penyampaian sijil dan anugerah pelajar cemerlang ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Timbalan Yang Dipertua Pas Parit Buntar Abdul Bahrain Desa.
“Majlis penyampaian sijil ini diselangi dengan persembahan dari pelajar Pasti termasuklah persembahan Nasyid, Zikir Munajat, Sajak, Hafazan dan Azan .”katanya
Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah kepada Pasti Kawasan Parit Buntar yang berjaya mengadakan majlis yang penuh meriah untuk meraikan pelajar PASTI yang akan melangkah ke alam persekolahan sebenar.
“ Saya berkeyakinan pelajar Pasti ini akan menjadi contoh kepada pelajar lain dari segi akademik dan akhlak semasa mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.
“ Sejak sekian lama, Pasti telah menghasilkan produk yang berkualiti sehingga kepercayaan masyarakat kepada Pasti sebagai pusat pendidikan semakin bertambah” katanya
Sementara itu, semua Sembilan buah Pasti di Parit Buntar sedang membuka pendaftaran kepada pelajar baru bagi sesi 2012.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan berminat menghantar anak mereka ke Pasti boleh mendapatkan borang pendaftaran di Pasti berhampiran tempat tinggal mereka.

Dr. Mujahid sedang menyampaikan ucapan perasmian

Dr. Mujahid bersama Abdul Bahrain dan AJK Pasti Parit Buntar


Ibu bapa yang hadir meraikan anak-anak

Pelajar Pasti sedang menunggu giliran menerima sijil

Pelajar Pasti sedang mengadakan persembahan


Pelajar Pasti sedang diuji hafazannya
No comments:
Post a Comment