Saturday, January 7, 2012

DOK KALUT DENGAN SALAHIAH!!! Mai tengok perangai puak-puak pembantah masa BN perintah Kedah

Oleh: Tok Senapi

Kalut sungguh Sobri Sudin pasai isu Salihiah Kanchut, ke hulu ke hiliag dok atog budak2 tak tahawan keluloi buat bantahan bukan-bukan. Tok nak alih sat isu pejabat insuran tu, mai tengok isu Sobri Sudin ni pulak.


Menurut fakta yang didedahkan oleh pihak Audit, Sobri Sudin (gambar) telah menerima tunai sebanyak RM1,000 pada 26 Oktober 2005 dari Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Baucer bayaran atas nama ‘Dr. Sobri Sudin’. Harap ‘DR’ Sobri Sudin dapat jelaskan ke mana hilangnya gelaran itu sekarang?

Seterusnya pada Januari 2007 Sobri Sudin telah sapu* duit STDC sebanyak RM42,431.64 juga secara tunai kerana tiada rekod keluaran cek pada baucer bayaran. Bayaran yang dibuat terhadap Sobri Sudin adalah di bawah item ‘Sumbangan’. Sumbangan, mudah difahami sebagai pemberian yang bukan membeli pulangan balik kepada syarikat atau pemberian yang tiada kepentingan dengan urusniaga syarikat.

Soalnya mengapa jumlah duit yang begitu banyak disumbangkan kepada seorang yang bernama Sobri Sudin? Mengapa tidak disumbangkan kepada fakir-fakir miskin yang ramai kat seluruh negeri Kedah?

Tok nak minta Sobri Sudin.. opss silap Dr. Sobri Sudin, tolong jelaskan kepada rakyat Kedah sebab apa hang dibayar sejumlah RM43,431.64 gula duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat tu. Hang kena buat penjelasan berserta sumpah laknat dalam masjid ala Saiful Bukhari (seperti mana yang terkandung dalam ajaran UMNO tuuu..).

Selagi hang tak bagi penjelasan dan bersumpah maka Tok janji (janji bukan sumpah) akan terus serang hang sampai tejelepok tepi guri.

Peristiwa ini berlaku di zaman BN

Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) telah menaja perjalanan dan penginapan MAKAN ANGIN ke Bangkok dan Koh Samui, Thailand kepada Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Syed Unan (gambar) dan isterinya Sharifah Noriza Syed Zainol Rashid.

Pembayaran telah dibuat kepada syarikat pelancongan Zass Holidays Sdn Bhd melalui cek bernombor 660157 bernilai
RM14,840.00.

Jelas, STDC sebagai sebuah GLC telah menyelewengkan duit syarikat untuk pembayaran kepada pihak yang tidak berkepentingan dengan keuntungan syarikat.


Sepatutnya jika STDC ingin melakukan tanggungjawab sosial, mereka hendaklah menyumbangkan kepada badan-badan kebajikan, golongan dhaif, fakir, miskin atau pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Bukannya kepada seorang yang berkedudukan dan kaya.


Jumlah RM14,840.00 yang dihulurkan itu juga adalah terlalu besar untuk sebuah perjalanan makan angin semata-mata.


Layakkan golongan yang menyelewengkan wang rakyat ini terus diberi mandat memerintah Kedah?


'JANGAN SERAH KEDAH KEPADA PENYAMUN'

Kedah La

No comments: