Saturday, January 21, 2012

ELAUN FREE PEMIMPIN UMNO!!! Kerajaan UMNO tubuh syarikat tak ada fungsi, hanya untuk perabih duit rakyat

Oleh: SAIBURI SUDIN

Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.

Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah
RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand.

Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.


Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.


Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).


Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.


JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Kedah La

2 comments:

Anonymous said...

Sebuah syarikat sendirian berhad tidak perlu mendapat mendapat persetujuan dlm mesyuarat agung seperti mana dilakukan oleh sebuah syarikat berhad. Keputusan lembaga pengarah adalah memadai. Jadi nampak gaya hangpa lagi teruk, tak tahu undang2 antara syarikat sdn. bhd. dan berhad. Macam mana nak uruskan syarikat?

Anonymous said...

pandai la ko nak melepas diri