Saturday, January 21, 2012

TERKINI!!! Lagi Melayu sertai DAP di Perak, bukti DAP tidak rasis tapi UMNO yang rasis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6LkWSdA6dUVd0Imy5eTnYPKWN9TNKpg0EvU9gYHBeu3DSMejP0KbhKfeicgFjKGX86CGB6_GltLhFyAmz1D1VlFlVcGDYHS0ujsuo9eKHvbrAarTacDGOeUhQT7pNsLwclwlGJprWopI/s400/umnoracism.jpgIPOH – Penyertaan dua orang muda Melayu dalam DAP menangkis dakwaan Umno yang meletakkan parti itu sebagai perkauman dan komunis serta sengaja memberi laluan mudah kepada wakil parti untuk menjadi Menteri Besar.

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, pihaknya masih memberi sokongan penuh kepada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum kali ini.

Menurutnya, penglibatan golongan muda itu membuktikan DAP merupakan parti pelbagai bangsa yang masih bertunjangkan kepada kesetiaan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.

“DAP tidak mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu seperti yang didakwa oleh Umno dan pandangan orang muda dengan memilih DAP sebagai parti yang sedia membela rakyat adalah bertepatan.

“Mohammad Nizar tetap menjadi Menteri Besar setelah beliau berjaya membuktikan kredibilitinya dalam memimpin dan efektif mengendalikan pentadbiran negeri serta menyatukan perpaduan bangsa,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengusaha Komoditi, Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan peguam Dyana Sofya Mohd Daud, 25, sepakat menyertai DAP Negeri setelah melihat kekuatan ideologi dan kejayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengurangkan kadar kemiskinan tegar.

Fairuz Azhan berkata, DAP sudah lama mengamalkan ideologi demokrasi sosial dengan terus memberi perkhidmatan dan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Hanya propaganda Umno menyebabkan rakyat meletakkan DAP sebagai sebuah parti diskriminasi bangsa. Kejayaan Pulau Pinang berjaya mengatasi kemiskinan tegar menjadi contoh terbaik kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Bagi Dyana Sofya, visi DAP yang menawar kesaksamaan, kerajaan demokrasi dan memerintah berteraskan undang-undang serta menentang rasuah menariknya menyertai parti itu.

“DAP menggambarkan Malaysia yang saya inginkan. Penyertaan saya menunjukkan DAP adalah terbuka kepada semua bangsa. Melihat kejayaan Kerajaan Pulau Pinang, saya berharap ia boleh direalisasikan di peringkat persekutuan menerusi Pakatan Rakyat,” katanya.

2 comments:

Sirih said...

Dalam era mana pun akan ada pengkhianat bangsa dan agama.... zaman perang dgn Jepun pun ada. Era 1980-an dulupun ada YB Fadzlan ... Melayu ngok yg jadi wakil rakyat DAP di Perak... lepas tu nyesal... setelah sedar hanya digunakan oleh Cina!!! Sekarang ada lagi pulak... bodoh tak habis... Melayu ni !!! Senang diperalatkan dan tiada kebijaksanaan !!! Patut lerr... dijajah berkali- kali dalam sejarah !!!!

Anonymous said...

lebih baik jadi melayu DAP dari jadi lembu umno