Wednesday, January 25, 2012

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN , PRU 13 mungkin lewat

http://www.umnojb.com.my/johor.gifKetika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.

Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Jementah

2. Tenang

3. Bekok

4. Tangkak

5. Bentayan (DAP)

6. Yong Peng

7. Pengaram

8. Layang-Layang

9. Paloh

10. Puteri Wangsa

11. Johor Jaya

12. Stulang

13. Pangkalan Ranting

14. Skudai (DAP)

15. Nusa Jaya

16. Bukit Batu

17. Senai (DAP)

18. Mengkibol (DAP)

19. Pekan Nanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Segamat

2. Labis

3. Bakri

4. Tebrau

5. Pasir Gudang

6. Gelang Patah

7. Kulai

8. Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.

28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Buluh Kasap

2. Pemanis

3. Sg. Abong (PAS)

4. Maharani (PAS)

5. Tiram

6. Permas

7. Kempas

8. Bukit Permai

9. Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Sekijang

2. Ledang

3. Batu Pahat

4. Simpang Rengam

5. Sembrong

6. Johor Bahru

7. Pulai

8. Tanjung Piai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.

PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Kamelah

2. Jorak

3. Gambir

4. Bukit Naning

5. Parit Yani

6. Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Ayer Hitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.

Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.

http://tulahan.blogspot.com/

PRU13 : Misi PR tawan Johor

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009.

“Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman,” kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam.

“Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki,” katanya.

Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

“Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

“Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat,” kata Pengerusi PKR Selangor ini.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata.

Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu.SH

MB Johor Akui Kini Negerinya Tidak Selamat..

"Cakap cakap kebanyakan orang umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Osman diberitakan sangat leteh atau dengan kata lain betul betul leteh.Tidak kurang juga yang merasa amat kasian.

Dia kata dah leteh kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.Yang peliknya ada yang berkata Hasilnya kosong.bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan leteh kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat umno itu.

Niab Presiden umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Osman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar 2 di Johore akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA.

Menteri Besar Johor telah membuat anggar 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang umno sendiri yang kata padan muka Ghani Osman menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp.yang mengalami kerugian besar.

Johor Corp yang di bena oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai asset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp ,Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar ,budak2 yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Cop dan anak2 syarikatnya.

Terutama sekali Ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.Siapa yang tidak marah.Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman,Jamal,Ahmad Mohamad.

Yang sedehnya dato,penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim"superman"Sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak 'asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR.Tanah2 Commesial dan akhirnya estate 2 yang di miliki oleh Kulim.

sesetengah berkata jika umor panjang tulis dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta2 ini habis.

J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion,nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini,tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya.

Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali,malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block.- blogpenggalikubur

No comments: