Monday, January 2, 2012

HANYA UMNO YANG ALIM!!! Blogger UMNO tuduh Ust. Azhar Idrus sebar ajaran sesat di malam tahun baru

AAKJ.COM menyampaikan kuliah panjang lebarnya dalm tulisannya di sini mengambil pendapat popular mengharamkan semua alat muzik. Dari situ dia mengambil kesimpulan bahawa Ustaz Azhar Idrus telah melakukan satu dakyah sesat menyebarkan perkara haram secara halus untuk meyesatkan masyarakat.

Memandangkan blogger tersebut merupakan penyokong tegar Umno sudah tentu dia mempunyai fahaman bahawa 'jiwa bangsa melayu amat lemah dan mudah disesatkan. Dengar orang Kristian sebut nama Allah, orang melayu boleh murtad, terbaca bible dalam bahasa melayu orang melayu terus jadi murtad dan begitulah lemahnya bangsa melayu tersebut di mata pendokong Umno.


Dan bagi menyelamatkan semua kelemahan jiwa orang melayu itu maka hanya Umno lah saja yang mampu membuatnya. Maka jika Umno yang menganjurkan konsert walaupun terjoget dan terdedah terburai tak apa kerana dalam tangan Umno orang melayu tak akan sesat.

Dalam kes Ustaz Azhar Idrus yang dituduhnya sedang berusaha menyesatkan masyarakat dengan bermain muzik dalam sambutan tahun baru baru-baru ini tidaklah mengejutkan kerana semua yang menyaksikan program tersebut majoritinya adalah orang Melayu yang Umno risau amat lemah jiwanya dan sering kali mudah tergoda untuk disesatkan.WARTASUBHI

4 comments:

Anonymous said...

Salam..
Gua pon main muzik gak dulu..
Klu main gitar tuh haram,apasal diorang x haramkan terus semua rancangan Hiburan di TV kerajaan dan Swasta yg Berleluasa bunyi-bunyian Muzik,kenapa x tutup kelab-kelab Malam..Kan baru selaras..
Bila musician main kat Tv dikatanya x per,diorang cari makan,tp bila ustaz Main guitar x sampai lima minit pun dikatanya sesat..
Jgn la Bodoh tiang sgt..Muzik tu mcm main bola gak,hukum asalnya Harus..
Bila ada unsur Syubahah spt maksiat dan melanggar waktu-waktu solat barulah ulama mengatakannya Haram..Sembahyang pun ada waktu dan keadaan yg Allah larang..Jgn la bodoh sgt..

Anonymous said...

puak UMNO ni mana pernah cerdik...letak hukum ikut akal...
dah la akal depa ni letak kat punkoq....aku punya prinsip lani..."Asal Bukan Umno"...

Anonymous said...

Wahhabism in UMNO as a tool for UMNO. Memanglah. Mereka anti ASWJ dan tarekat.

Anonymous said...

awat la bangang sgt blogger UMNO tu.... kan Zizan n Ustaz Azhar dh cakap, main muzik jgn sampai jadi najis....