Friday, January 13, 2012

KONVENSYEN PR!!! Ucapan Senator DAP hilangkan modal fitnah UMNO

Ucapan pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 pagi tadi oleh wakil DAP bernama Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim menjunjung sembah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Shah yang baru dimahsyurkan sebagai DYMM Yang DI-Pertuan Agong.

“Semoga kesihatan baginda di atas Istana sana akan terus menyemarakkan demokrasi di negara ini,” ujarnya di Dewan Tertutup Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata, kali pertama Tuanku Sultan Abdul Halim menjadi Agong pada tahun 1970, baginda berjaya menyelesaikan ketegangan kaum “Tragedi 13 Mei 1969″ yang dicetuskan oleh parti-parti perkauman pemerintah.

“Pada waktu itu (1970-an), negara kita sedang menghadapi rusuhan kaum dan Parlimen digantung.

“Tetapi, pemerintahan baginda telah berjaya mengembalikan suasana yang demokratik di Parlimen di samping normalisasi kaum,” ujarnya.

Beliau mewakili DAP turut menyatakan komitmen untuk bersama-sama PAS dan PKR untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

“Saya berharap PAS akan sekali lagi menunjangi Kerajaan Persekutuan kelak, tetapi bersama-sama DAP dan PKR (atas wadah) Pakatan Rakyat.

“Marilahlah bersama-sama bersihkan Malaysia,” ujarnya.

Sebelum pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berucap, menganggap konvensyen kali ini merupakan konvensyen paling penting kerana akan membincangkan mengenai Tawaran Jingga kepada rakyat selain memperkasa persiapan untuk menumbangkan Umno BN di pilihan raya umum ke-13 kelak.


Zainulfaqar Yaacob@nota.merah

No comments: