Saturday, February 18, 2012

DEBAT GUAN ENG VS SOI LEK!!! Keputusan : MCA 1 UMNO 0, MCA berani UMNO bacul @ pengecut


Dengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.


Chua yang turut hadir berkata, ia terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.


Bagaimanapun, presiden MCA berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat semula dengan Lim, kali ini dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang dijangka diadakan bulan depan.


"Masa dan tarikhnya akan diputuskan tetapi tajuk akan berbeza," katanya.


Perdebatan hari ini, yang berlangsung di penghujung persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibu negara, disiarkan seara langsung menerusi Astro Awani saluran 501.


Ditanya sama ada mereka berdoa mengelak menjawab soalan dari hadirin, Chua mempertahankan Lim dan dirinya, dengan berkata: "Hanya ada tiga minit, bagaimana kita boleh menjawab lima soalan dalam masa yang singkat."



Chua Soi Lek Akui Lim Guan Eng Pemidato Hebat!


Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah satu pertembungan untuk menentukan menang atau kalah tetapi pentas untuk menyatakan pandangan masing-masing secara ikhlas dan jujur.


Bercakap pada sidang akhbar selepas debat selama sejam itu berlangsung, Dr Chua, 65, menegaskan yang menang sebenarnya adalah rakyat jelata yang akan dapat membuat pertimbangan yang lebih seimbang dan jelas selepas mengikutinya.


Beliau turut memuji Guan Eng sebagai seorang pemidato yang hebat dan berpengalaman.


"Beliau (Guan Eng) adalah seorang ahli politik yang muda, penuh bertenaga dan berpengetahuan luas," katanya mengenai ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 52 tahun itu.


Berhubung cadangan Guan Eng agar debat yang sama diadakan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Chua berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri.

No comments: