Saturday, February 18, 2012

NAJIB AUTA!!! Tuduh Kelantan , hakikatnya Sabah negeri termiskin menurut Bank Dunia

Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang.

Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada.

Walaupun sebahagian besar persepsi bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia tidak benar, memandangkan kebanyakan masyarakat miskin di negeri tersebut merupakan golongan pendatang haram dari negara-negara jiran, namun sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, prasarana di negeri tersebut masih terlalu jauh kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Semenanjung.

Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah negeri berautonomi yang mempunyai corak pentadbiran yang berbeza sungguhpun kebanyakan peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Kemiskinan masyarakat bukanlah sesuatu yang wajar disorok. Sebaliknya ia perlu didedahkan agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah.

Walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah, terdapat banyak kepincangan yang sehingga kini masih belum berjaya diatasi oleh kerajaan negeri. Bekalan air, elektrik, jalan raya, bahkan liputan telefon dan Internet juga merupakan sebahagian daripada kepincangan yang banyak menyusahkan orang luar yang datang ke Sabah.

Anehnya kebanyakan wakil-wakil rakyat Sabah, walaupun sepenggal kelihatan cukup kaya dan sangat kaya. Alasan saiz Sabah yang lebih besar berbanding mana-mana negeri di Semenanjung sebenarnya tidak cukup kuat untuk banyak pihak mempersoalkan, ke mana hala peruntukan pembangunan digunakan di Sabah.

Setidak-tidaknya, Sabah sepanjang mengasaskan kewujudan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu, sudah pun mempunyai jajaran dan jalinan jalan raya yang baik.

Perjanjian Malaysia tidak memungkinkan Kerajaan Pusat turut campur tangan dalam urusan pembangunan Sabah, namun nampak gayanya perubahan itu perlu dibuat demi kesejahteraan penduduk serta rakyat Sabah.

Tiada gunanya rakyat Sabah memiliki ahli-ahli politik yang sangat bijak berpolitik tetapi pada masa yang sama, mereka masih kekal ketinggalan berbanding rakyat di negeri-negeri lain.

Setidak-tidaknya, rakyat tempatan Sabah tidak perlu keluar dari negeri itu berhijrah ke Semenanjung semata-mata untuk mencari rezeki atau tidak perlu lagi malu dengan anak-anak kecil yang tidak mampu bersekolah seperti dalam dokumentari yang dipancung dan dilarang siar itu!

Kredit to: http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/kenapa-perlu-sorok-sabah-negeri-miskin.html

4 comments:

Anonymous said...

bape tahun punye berita sudah ni bah... nda payah la cakap auta. internet dan talipon mmg tiada masalah di sabah.

Anonymous said...

pi la check data terkini bank dunia. statisiti kem kewangan pun sama. lu pi la check kalu tak percaya

Anonymous said...

bukan najib yg buat statistik kadar kemiskinan...lgpun media yg salah siarkan berita yg blum pasti benar...media cuma gilakan duit pembaca....fikirkan...

Anonymous said...

media yg auta...bodoh punya penulis....fikir la sblum buat tuduhan...klu menyara keluarga dengan menulis berita yang belum pasti kebenarannya harap2 tuhan balas la...