Thursday, February 2, 2012

KEBIASAANNYA!!! Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor bakal dituduh bakar rumah dan kereta sendiri



AWAL pagi tadi rumah timbalan ketua Parti Islam se Malaysia, PAS Johor dibakar angkara perbuatan khianat pihak tertentu yang masih dalam siasatan.

Sebahagian rumahnya rosak. Turut mengalami kerosakan adalah sebuah kereta BMW milik beliau seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.




Nampaknya politik Malaysia sudah melangkaui satu lagi tahap jijik. Selepas politik lucah, dubur dan seks dijaja ke sana ke mari bagi meraih sokongan rakyat kepada United Malays No Otak, kini politik gangster pula cuba digunakan.

Sebelum ini ceramah Asal Bukan Umno, ABU diserang oleh sekumpulan penyokong Umno, hari ini rumah pemimpin Parti Islam, PAS pula dibakar.

Politik apa yang mahu dibawa oleh mereka? Adakah ini cara mereka meraih sokongan rakyat? Apa propaganda yang dibawa oleh mereka kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal Wardina yang sering memberikan pandangan meyokong dasar Pakatan Rakyat dituduh berlakon apabila rumahnya dirompak.

Adakah kali ini pemimpin Parti Islam, PAS Johor ini akan dituduh sengaja membakar rumahnya sendiri seperti mana mereka menuduh mahasiswa cederakan diri sendiri dan Anwar Ibrahim menumbuk mata sendiri?

ReJaM© "Politik gangster pula digunakan untuk mengekalkan kuasa..."

Perbuatan Siapa ? Kereta, Rumah Timbalan P'jaya PAS Johor Dibakar..


Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas


"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.



"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

ini boleh diklasifikasikan sbg CUBAAN MEMBUNUH.

polis masih nak bela umno ker?

Anonymous said...

kalau siasat ikut logik akal tak dapat bukti apa kata guna kaedah yassin 7 mubin atau yassin 40 baru padan yg buat angkara