Friday, February 17, 2012

(VIDEO) TERKINI!! Anwar Ibrahim "Gempur Pekan": Jalan sesak 5 kilometer!





Sekatan jalan raya yang dibuat polis trafik sehingga lima kilometer menghala ke markas PAS di Pekan malam tadi berikutan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengadakan ceramah membuktikan Umno-APCO semakin takut dengan bayang-bayang sendiri.

Anwar sendiri yang terpaksa menggunakan motosikal milik penduduk tempatan untuk sampai ke tapak ceramah, berjaya melepasi sekatan jalan raya sebelum sampai di tempat ceramah, terlewat kira-kira 20 minit seperti yang dijadualkan.

Jurucakap polis Pekan tidak dapat dihubungi bagi meminta komen alasan di sebalik sekatan jalan yang hanya menyusahkan rakyat untuk bergerak di sekitar kawasan tersebut.


Parlimen Pekan adalah kubu kuat Najib Altantuya dan semestinya ada tekanan dari pihak Umno-APCO meminta polis mengadakan sekatan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan luar biasa yang belum pernah terjadi, hatta ketika Najib Altantuya pulang ke kawasannya.

Anwar yang memberi komen balas pengikutnya di Twitter mengatakan bahawa:

@anwaribrahim Jauh naik motor..waduh umno pekan cemas juga! Ha ha @wfauzdin:
Ceramah ds di pekan. Ds tpaksa naik mtor td. Takut betul najib

@anwaribrahim
Pekan:Helah baru sekat ceramah @Nett676 @AhmadFaridAli @neorackle @1Gumbira: kenapa naik moto DS? Road Block?

Dalam ucapannya selepas berjaya mengelak sekatan polis, Anwar bersyukur berjaya juga sampai ke Pekan yang dikatakan kubu kuat Umno-APCO dan Najib Altantuya, malah mengingatkan hadirin yang mencecah 3,000 orang, Najib Altantuya pernah hampir tersungkur di kubu kuatnya sendiri pada pilihanraya umum 1999.


Najib Altantuya yang ketika itu Naib Presiden Umno-APCO hanya menang dengan majoriti 241 undi.

Terdahulu, pada sebelah petangnya, Anwar menggempur kubu kuat Umno-APCO di Lanchang, Temerloh memasuki beberapa tanah rancangan FELDA di Bukit Damar dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.

Kejayaan Anwar menggempur kubu kuat Najib Altantuya berjaya mematikan hujah bloggers Umno-APCO yang mencabarnya supaya masuk ke Pekan berceramah!

JALAN PULANG


Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".

Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.

Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.

Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".

Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.

3 comments:

PenganutPAS said...

baguslah kupas isu Israel di Pekan kerana mengiktiraf Negara Israel hukumnya HARAM dan KIANAT kepada perjuangan ummmah . Moga PKR tak makan duit pelobi yahudi Amerika demi PRU 13 . Isu Anwar yang membawa fahaman Pluralisma Agama Hohn Hicks tidak dikupas ker ??? kerana menyama-ratakan Islam dengan agama lain , ulama berpendapat gelincir akidah ...kesian Anwar kena tunjuk gambar dengan pemimpin HAMAS supaya orang percaya tapi masih tak berani beri kenyataan di media antarabangsa menyokong penubuhan Negara Palestin

Anonymous said...

umno yang sokong israel tdan tak iktiraf hamas yang menang praya di paletin. bukti dah ada, nak tuduh anwar lagi

Anonymous said...

Perdagangan dua hala dgn israel kalau tanya ulama umporno dan mufti Perak mrk akan kata hukumnya 'HARUS' sama dgn name mufti teman yob.....