Wednesday, April 11, 2012

BERAPA LAMA NAK BOHONG DA...!!! Tidak kenal Altantuya, Najib lafaz sumpah palsu?

MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008, Perdana Menteri, Najib Razak telah melafazkan sumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mengenali model Monggolia yang dibunuh kejam oleh dua anggota Polis yang juga merupakan pengawal peribadinya.

Akhbar propaganda Rejim Umno, Utusan itu juga melaporkan bahawa tiada sebarang dokumen, gambar, video berkaitan Najib ditemui di dalam peti besi yang menyimpan barang-barang milik Altantuya.



Blog-blog pro Barisan Nasional mendakwa bahawa kewujudan gambar Altantuya bersama Najib Razak adalah fitnah pembangkang. Sumpah yang dilafazkan Najib dilihat cukup untuk menafikan kewujudan gambar tersebut.

Namun semalam, dalam satu wawancara, Malaysiakini melaporkan bahawa, ayah kepada mendiang Altantuya, Setev Shaaribuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya yang diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.



Najib sudah bersumpah, namun kenyataan sumpahnya dilihat bercanggah dengan kenyataan ayah mendiang model monggolia itu.

Bila ada dua kenyataan bercanggah, maka salah satu adalah pembohong besar.

ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? "

4 comments:

Hamdan Rukun said...

GAMBAR YANG AYAH DIA TENGOK DITUNJUKKAN OLEH PEMIMPIN PEMPANGKANG. TIAN CHUA DAH MENGAKU BAHAWA GAMBAR ITU ADALAH 'CIPTAANNYA' UNTUK BERSERONOK.

JADI..HANGPALAH YANG PEMBOHONG..HE..HE..HE..

Anonymous said...

relax r bro..bnda yg terang2 nmpk,siap ada video,korg xnk caye..ni cma dgn dgr ckp mulut,tnpa bkti sahih,blh plak korg pcaya..kalo ada gmbr,tnjuk la,ktorg nk tgk..bru pakat pk nk pcaya ke x..stakt dgr ckp jek,aku pn blh ckp mcm2..apedaaaa...


peace..

Anonymous said...

nape altantuya dibunuh. pelik orang bunuh tak ada niat kena hukum

Anonymous said...

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama bunuh tanpa niat
MRB