Friday, April 20, 2012

BERSIDANG SAMPAI 3 PAGI!!! Untuk mudahkan SPR menipu

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas.

Empat pindaan itu ialah menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi, kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.

"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.
Ambiga berkata, kebenaran risalah seperti kain rentang dan poster tanpa nama itu bertentangan dengan tuntutan Bersih  yang mahu politik kotor dihentikan.

"Pengguguran seksyen 11 (C) iaitu kebenaran poster tanpa nama menggalakkan lagi politik kotor kerana semua pihak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tidak perlu menyatakan dari parti mana poster itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Peguam.

Ambiga turut mempersoal larangan mewujudkan barong dan larangan ejen tempat mengundi berada di barong kerana ia boleh menyebabkan penipuan dalam pilihan raya.

"Jika tiada ejen tempat mengundi, siapa yang akan periksa dakwat kekal? boleh berlaku penipuan kerana ejen tidak dapat melihat siapa yang sudah dicalit dakwat dan siap yang belum.

"Mereka luluskan tuntutan penggunaan dakwat kekal tapi pengawasannya kurang," katanya.

Justeru beliau berkata, Bersih 3.0 adalah sangat perlu kerana masih berlaku perkara-perkara yang meragukan mengenai proses pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa Bersih 3.0 adalah penting dan amat diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kami adalah benar dalam menyatakan bahawa pilihan raya yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara kita," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.

1 comment:

Anonymous said...

i. Barung atau pondok panas jika tidak lagi di benarkan maka kita mesti menyediakan satu tempat yg bersesuain bagi menjadi pusat maklumat atau khemah rehat sebagai hentian bagi peraih dan pemandu kenderaan bertugas... pilih tempat yang sesuai di kedua arah laluan ke pusat pengundian....

ii.untuk memastikan penggunaan dakwat kekal kita boleh memohon kepada Ketua Tempat Undi untuk menyusun Flow aliran pengundi mengikut susunan yg sesuai.. agar dapat memastikan tiada dakwat pada jari sebelum undi dan telah dicelup dakwat selepas undi..

iii. Cetakkan atau baner tanpa penanda pemilik.... PR mesti mewajibkan semua cetakan mesti mempunyai tanda pengenalan PR denganyang demikian kita dapat mengenal pasti ianya milik kita dan kita ada hak keatas cetakan tersebut... dengan itu mana2 cetakan yang kita fikir tidak bersesuaian kita harus musnahkannya.... kerana ianya tidak dimiliki oleh sesiapapun... tiada tanda pemilik ...

iv.Di cadangkan agar semua unit IT dari PR mesti menugaskan unit Rakaman yang berpakaian dan peralatanlengkap seperti wartawanatau badan pemantau yg sentiasa merakam wajah2 pengundi yg ingin masuk ke kawasan pusat undi.... sila letakkan sign board seperti Unit Media Sedang Beroperasi atau apa yg difikirkan sesuai bagi memberi gimic kepada hantu2... ab-mt