Wednesday, April 4, 2012

EXCO KEDAH !!! Phahrolrazi, Dr Ismail angkat sumpah esok

Al-hamdulillah, selesai.. Moga-moga tiada lagi suara-suara songsang kedengaran..

KL 4 Apr 12: Selesai sudah, desas-desus songsang di negeri Kedah. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau dan Datuk Dr Ismail Salleh akan menghadiri upacara angkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco kerajaan Kedah di Istana.

Satu langkah yang dilihat akan meredakan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri itu. Upacara angkat sumpah jawatan exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi esok.

Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini berkata, surat jemputan tersebut telah diterima oleh pembantunya pada hari Ahad, dan diserahkan kepadanya pada hari Isnin. Bagaimanapun, portfolio yang bakal diberi kepada ADUN Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu itu masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail timbalan pesuruhjaya dua PAS negeri, enggan dilantik semula Februari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS pusat kemudiannya campurtangan bagi menangani krisis kerajaan negeri Kedah itu dan mengarahkan Phahrolrazi, Dr Ismail menerima semula pelantikan exco. Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan memantau pentadbiran dan menyelesaikan krisis politik tersebut untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Azizan juga sebelum itu dilaporkan berkata, kedua-dua exco tersebut masih berpeluang dilantik semula selepas tamat tempoh khidmat. Semoga tiada lagi suara-suara songsang kedengran. Mudah-mudahan. (IH)

3 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

KEMELUT ?

HE! HE! HE!

Anonymous said...

angkat jangan tak angkat.....angkat dalam paksa,,,,,,,he he he malu aku

Anonymous said...

malu dengan komen bodo tu