Monday, April 30, 2012

MEMALUKAN !!! BBC siasat Astro ubah suai beritanya tentang Himpunan Bersih 3.0


Lima minit  Itulah perbezaan masa antara siaran langsung menerusi satelit dengan siaran penerimaan yang diperolehi Astro.

Cukup masa untuk mengubah kandungan laporan yang tidak menyiarkan temuramah dengan seorang peserta himpunan Bersih Sabtu lalu.

Laman Sarawak Report melaporkan bahawa perkhidmatan penyiaran British, BBC sedang menyiasat dakwaan bahawa penyiar berbayar Astro melakukan suai pinda ke atas laporan beritanya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Laporan berkenaan turut memaparkan satu rakaman video di Youtube yang membandingkan siaran asal BBC dan versi yang didakwa ditapis seperti disiarkan di Astro.

No comments: