Tuesday, April 24, 2012

PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan



Image010-3.jpg
PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar akan meneruskan program kebajikan kepada rakyat walaupun rakyat diberi ugutan pihak tertentu untuk tidak menghadirinya.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, PAS Parit Buntar telah lama mendepani agenda kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

“ Kita mengadakan program kebajikan kepada rakyat secara berterusan tidak bertumpu di musim pilihanraya sahaja.

“ Malah, PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat” katanya

Bahrain mengulas tindakan pihak tertentu yang membuat laporan kepada pihak polis terhadap program khidmat kesihatan percuma anjuran PAS Parit Buntar di sini.

“ Tindakan berkenaan bertujuan menakut-nakutkan penduduk dengan kehadiran polis , seolah-olah program berkenaan menyalahi undang-undang.

“ Malah, penduduk juga menerima ugutan dari pihak tertentu supaya tidak menghadiri program berkenaan” katanya

Beliau bersyukur kerana  penduduk setempat dari pelbagai kaum tetap hadir beramai-ramai dan tidak mengendahkan ugutan berkenaan.

“ Dah banyak program kebajikan yang PAS Parit Buntar buat secara berterusan, kenapa dah hampir pilihanraya baru pihak berkenaan membuat ugutan kepada penduduk.

“  Namun saya ucap terima kasih kepada penduduk , walaupun diugut mereka ramai yang hadir dapatkan kaunseling kesihatan dari doktor sukarela” katanya 

Gambar lagi di PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan 

No comments: