Thursday, April 19, 2012

Program PAS Parit Buntar terus dapat sambutan rakyat

PARIT BUNTAR : Program-program anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata , terbaru adalah Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar menyajikan pelbagai acara sepanjang hari yang diadakan di perkarangan Surau Sungai Labu Bawah dekat sini khusus untuk penduduk tempatan.

“ Program kali ini diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Perak sempena Program Gerak Tawan Perak bagi DUN Titi Serong

“ Karnival Cakna Rakyat ini merupakan salah satu acara dari pelbagai program yang diatur sempena Program Gerak Tawan Perak ini” katanya

Menurutnya, Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.

“ Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara penduduk dan PAS Parit Buntar masing- masing melalui acara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak- kanak.

“Dalam masa yang sama juga penduduk dapat beramah mesra bersama pemimpin PAS yang hadir di samping bertemu pemimpin peringkat akar umbi dalam kawasan Sungai Labu Bawah ini,” katanya.

Hairul Nizam berkata, pelbagai pertandingan dan khidmat kesihatan percuma disediakan sepanjang program tersebut yang bermula awal pagi sehingga petang.

“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, isi air dalam botol , bawa belon dalam sudu dan acara terbaru mencorak abjad.

" Acara dewasa pula melibatkan boling kelapa, gusti lengan dan balin belon air . Manakala acara gubahan, masakan, raut lidi , anyam ketupat dan kupas epal disediakan untuk kaum wanita" katanya

Katanya, semua yang diaturkan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berkesempatan bersama dalam program bersama rakyat ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.

Gambar program di sini Program PAS Parit Buntar terus dapat sambutan rakyat

No comments: