Saturday, May 5, 2012

APA KATA NAJIB?!!! Wakil PBB tawar diri buat siasatan bebas himpunan Bersih 3.0

Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.


Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.



Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.

Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.

Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.

http://www.malaysiakini.com/news/197095

2 comments:

apala said...

jangan bangga sangat....check dulu sapa dia nie...buka minda bro!

http://dailycaller.com/2011/10/27/un-internet-agenda-tied-to-george-soros/

Anonymous said...

nape ko nak fitnah dia macam nst fitnah senator australia. lepas fitnah minta maaf, itula perangai umno