Wednesday, May 23, 2012

DEMI UPAH!!! Blogger UMNO sanggup fitnah MB Kedah sihir orang

Kerana RM2000 sebulan, sanggup cipta fitnah yang boleh merosakkan aqidah sendiri!!!

Hanya kerana mengejar upah sebagai penulis upahan alam maya sebanyak RM2000 sebulan, blogger UMNO sanggup melakukan apa saja sekalipun sehingga menuduh Muslim yang lain syirik kepada Allah dengan melakukan kerja syihir.


Ulamak-ulamak feqah bersepakat bahawa menuduh seseorang yang beriman sebagai telah kafir atau murtad atau syirik (semua tu satu maknalah) sedangkan orang itu tidak seperti dituduh maka hukum kafir akan berbalik kepada penuduh. Waliyazubillah.


Kedah La buat petikan laporan dari sebuah blog upahan UMNO yang melakukan tuduhan yang sangat berat kepada Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan, lulusan Universiti Al-Azhar yang reti hukum hakam agama sejuta kali mengatasi penulis blog yang jahil muarakab itu.

Kedah La tak mau mengulas akan tulisan dari blog itu... biarkan umat Islam yang berakal menilai sendiri perihal blogger UMNO yang semakin hari semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa Rosmah-Najib sehingga sanggup melakukan apa saja.

Yang di bawah ini adalah sebahagian komen yang disiarkan oleh orang yang sama (penulis blog itu juga) tapi menggunakan nama samaran yang berbeza... nak tunjuk kata ramai orang komen. Pakat-pakat nilai sendiri nuuu....

Dahsyatnya UMNO... Ya Allah jauhkanlah diriku dan keturunanku dari 'cenderung hati' kepada UMNO yang terpesong jauh itu.. Amiiin.Kedah La

4 comments:

Anonymous said...

Aku rasa Allah dah tunjukkan kekuasaannya. Tanah tersebut telah diwakafkan oleh yang empunya dan bialah pihak yang bertanggungjawab menguruskan. Sebagai waris tak perlu untuk mempertikaikan. Janganlah hal2 wakaf dijadikan bahan politik.

Anonymous said...

umno dah hilang punca....
logger pencacai akan menerima nasib yg paling keji....

amien !!!

Anonymous said...

Orang yang tulis tu faham ka maksud wakaf? Bila dah wakaf, mana ada hak pewarisan kat individu. Pi la belajaq kepada yang tahu. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada dia ni.

baretta said...

Gambar tu org yg kna sihir ke? Setakat mata putih je hilang, aku pun boleh buat... Tak payah nak sihir, buat sendiri je... Apa kelas punya sihir hilang mata hitam... Kelas blogger pencacai...hahaha!!!