Monday, May 14, 2012

JUAL MARUAH!!! Tiga artis penyokong tegar UMNO hina rakyat Malaysia cintakan keadilan

Tentu anda kenal tiga  artis ini!  Seorang dari nya pernah istihar diri sebagai ahli Umno. Tak kisahlah nak jadi ahli mana-mana parti  pun kerana itu hak masing-masing dan diperakui oleh perlembagaan.

Namun apa yang tiga artis ini dah lakukan, rasanya kurang wajar! Mereka terang-terang menunjukkan yang mereka anti himpunan “BERSIH 3”. Secara tak langsung semua rakyat akan faham bahawa mereka adalah penyokong tegar kerajaan UmnoBn. 
 
Kita boleh lihat sketsa pendek lakunan mereka dalam you tube video. Sungguh menjelikkan!  Kalian sedar atau tidak sebenarnya kalian sedang mengangkat Najib dan dalam masa yang sama kalian telah menghina rakyat ! Mengapa kalian memilih jalan ini wallahhualam Apakah kalian ditaja?  atau dibayar? Atau kalian secara sukarela berkempen untuk Umno?

Perbuatan kalian bertiga jelas menggambarkan yang kalian anti himpunan BERSIH. Tak sokong perjuangan NGO tak apa!  Tak sokong pembangkang pun tak apa, .. tapi tak sokong Himpunan Rakyat @ “BERSIH 3”  dengan mempersenda himpunan tersebut, adalah amat tidak wajar! walhal tujuan ‘BERSIH 3” amat murni – memperjuang dan menegakkan keadilan untuk rakyat termasuk membela nasib mahasiswa.

Amat malang,.. kalian seolah-olah  berbangga  mempersenda rintihan hati mahasiswa dan hati rakyat umumnya. Rakyat sedang bersusah-payah, berpanas, berhimpit dan menanggung derita menghadapi serangan pihak polis sedangkan kalian pula sewenang-wenang mentertawakannya ! Wajarkah? Orang berilmukah artis yang macam ini?  
 
Sebagai artis yang menjadi milik masyarakat,.. sepatutnya kalian mengambil jalan tengah,.. bukan memihak dengan membabi buta.

Lebih baik ikut contoh Bok Lokman, Aishah dan lain-lain

Ingat ! lakunan kalian mempersenda dan memperlekeh himpunan “BERSIH 3” seperti dalam you tube itu telah menyinggong perasaan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan pembelaan!  Kalian pula dilihat seolah-olah bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang zalim dan penuh rasuah.

Penulis nasihatkan lebih baik kalian berhenti jadi artis dan terjun dalam politik,..ikut contoh Bob Lokman & Aishah ,.. itu lebih baik. Kalau kalian meletakkan diri kalian separuh ahli politik, separuh artis, rasanya ia tidak berapa sesuai.   Kalian ada ramai peminat,..mereka terdiri dari berbagai gulungan dan  fahaman politik !  Kalau kalian ingin terus popular dan cari makan sebagai seorang artis hentikanlah kerja-kerja bodoh macam tu!  Tanya diri sendiri,.. adalah aku ini sama macam lembu Shahrizat atau seorang artis yang berilmu dan berakhlak mulia?  

Hari ini lakunan bodoh kalian sudah pun berlaku! dan dipertonton diseluruh dunia,  namun masih belum terlambat jika kalian mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Kalau tidak,.. bersedialah kalian,..Tidak mustahil ada rakyat Malaysia yang akan  memboikot kalian !!

Oleh : rahimothman

5 comments:

Anonymous said...

apa nama video tu?

Anonymous said...

inikah demokrasi pakatan rakyat? memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi bila ada pihak yang menyuarakan pendapat yang berbeza dengan ideologi mereka terus dihina???? Apakah islam mengajar kita menghina maruah seseorang hanya kerana berbeza ideologi politik??


p/s:Sekarang aku tgk dah x dak beza pemikiran PAS dan UMNO. Hanya mahukan kuasa politik yang kotor.

Anonymous said...

dah tahu ko sokong umporno

Anonymous said...

Bawak bertenang semua....biarkan mereka.....negara kiter demokrasi.....itu adlah usaha mereka ....yg ptg kiter patut berusaha lebih lagi utk menerangkan kpd umum akan penyelewangan UMNO/BN yg sebenarnyer....ayuh kawan2...kiter boleh...PR boleh.....itu strategi mereka......mari kiter tunjukkan strategi kiter pulak.....bior demer nengok strategi kiter pulak......

Anonymous said...

nk buat mcm mana depa sokong BN,tp lps je PAKATAN RAKYAT printah malaysia nt baru la depa tbuka pmikiran sapa yg elok sapa yg x elok... mgkin jgak dorag jaga nama sb nk cr makn. sebb kalau diaorng bgtau dorang skong pakatan,mampuih la depa nk masuk TV...tol x?? wallahuaklam??? pape pn rmai di kalangan org UMNO jaga jawatan sb tu ckp lau tak ftnah x bole.... UMNO2.. REFORMASI!!!