Wednesday, May 2, 2012

PENGAKUAN!!! Saya dilanggar kereta polis

NONE
NONESeorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.

Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.


Persoalannya sekarang mengapa akhbar pencacai arus perdana hanya mensensasikan berita peserta Bersih 3.0 memukul dan menterbalikkan kereta polis tetapi tidak pula diceritakan kejadian kereta Polis melanggar peserta Bersih 3.0. 



Inilah perangai akhbar pencacai Umno yang hanya melaporkan berita dan kejadian memburuk-burukkan lawan politik mereka. Ketua Pengarang dan Editor akhbar pencacai ini sanggup menjadi budak suruhan tuannya tanpa menghiraukan etika kewartawanan dan dosa serta pahala.


1 comment:

Anonymous said...

An- nisa 58

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.



an nisa 83

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).