Tuesday, May 22, 2012

PRU 13!!! PAS Parit Buntar bersedia bila-bila masa


PARIT BUNTAR, 21 Mei : PAS Parit Buntar bersedia bila-bila masa menghadapi pilihanraya umum ke 13, kata Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi. Beliau berkata demikian selepas taklimat jentera pilihanraya PAS Parit buntar telah dihadiri lebih 300 orang petugas Unit Peti Undi (UPU) bagi Parlimen Parit Buntar. 
 
Taklimat dan motivasi pilihanraya telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dr. Hatta Ramli di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.

Dalam ucapannya  Dr. Hatta meminta semua petugas Jentera Piliharaya Kawasan meningkatkan lagi gerak kerja piliharaya semaksimum mungkin kerana PRU 13 ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana tempohnya telah melebihi empat tahun. 
 
" Parlimen Parit Buntar ini menjadi tumpuan seluruh negara sebagai salah satu parlimen yang menjadi harapan untuk dimenangi dalam menuju ke Putrajaya. 
 
" Respon rakyat di seluruh negara menunjukkan Pakatan Rakyat kini menjadi pilihan rakyat yang mahukan perubahan dalam politik negara untuk mengambilalih kerajaan pusat dalam PRU 13 nanti" katanya 
 
Dr. Hatta berkata , rakyat sudah muak dan jijik dengan kerakusan BN yang mentadbir negara ini lebih 50 tahun. 
 
" Sudah tiba masanya pula Pakatan Rakyat diberi peluang untuk membuat perubahan dalam negara ini. 
 
" Sekiranya PRU 13 ini dijalankan dengan bersih dan adil, beliau optimis, Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih Putrajaya melihat kepada sambutan rakyat kepada PR diseluruh negara" katanya
 
Turut hadir  memberi ucapan termasuklah  Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin  dan , Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.

No comments: