Saturday, June 30, 2012

3 BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN!!! Tekad bersama PAS gantikan UMNO di Putrajaya

MARANG – Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ditemukan dan berceramah diatas satu pentas pada program ‘PAS Ganti Umno’ Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Padang Mengkuasng dekat sini Jumaat malam 29 Jun.

Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib .

Mereka yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Purajaya bagi menggantikan Umno sebagai pemerintah.

Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas) yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.

Datuk Ismail Yahya (gambar tengah) pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Manakala, Datuk Fauzi Shaari (gambar bawah)memberi peringatan kepada kerajaan walaupun beliau terikat dengan etika sebagai seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan ‘kebobrokan’ kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran ketiga-tiga bekas pegawai  kanan kerajaan itu sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri.BO

3 comments:

Anonymous said...

Ada chance jadi YB PRU 13 nanti

cikgu paklong said...

3 pegawai yg pencen tu kena scan dulu....bagi ahli lama jadi YB...yg baru hantar borang tunggu dulu...tengok cam mana gelagat...sekadar memperingatkan...

Anonymous said...

aku pun dah lama jadi ahli pas dulu sblm geng2 ni insaf...apa2pun pas kena tgk ahli2 yg telah berkorban sekian lama..pasai apa..aku tgk trend la ni bila PAS da kuat baru ramai nk join..dulu nak ngaku pas pun takut...