Thursday, June 7, 2012

BUAT KERAP SIKIT!!! Biar hayat UMNO cepat berakhir


KUALA LUMPUR: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.

“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.

Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.

Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Budaya BERSIH yg ok kot..halal..Nyanyok apa! Hahahaha.Air x settle highway 1.8 billion nak buat. Takat janji ayaq lioq Undi PAS masuk Sorga boleh la kot . Hahahaha

Anonymous said...

Cangkul untuk gali lubang kubur umno termasuk pencacai banggang yang bagi komen bodo di atas

Anonymous said...

Kepada komentar no 1,ko ckp la apapn,setakat balaci BN cm ko orang dh malas nk layan sb ko dh ketinggalan zaman,org dh ke BULAN,ko dok takuk lama...pasni elok ko dok kt rumah diam2 layan k-pop 2 k,bleh masuk sorga cepat skt...syoh3...