Friday, June 8, 2012

HIMPUNAN HADAPAN STADIUM RUNTUH!!! (Gambar) Ribuan berhimpun sambil mendengar puisi Sasterawan Negara





Tak perlu banyak bicara....gambar-gambar sudah cukup untuk berkata-kata.


Bantahan rakyat Terengganu kepada Kerajaan UMNO Terenganu yang sering berdolak dalih dalam memberikan kenyataan mengenai punca dan siapa yang harus dipertanggung jawabkan.


Sudah dua tahun lebih berlalu namun tiada nampak sebarang usaha untuk membaik pulih..seolah-olah tiada apa yang berlaku didepan mata.

Pada PRU 13 nanti rakyat akan beritahu kepada UMNO melalui terjemahan dikota undi siapa sebenarnya bos dinegara kita....


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.....UNDI RAKYAT AKAN MEMBUATKAN UMNO TAMAT RIWAYAT..
UMNO MENANG PARA PEMIMPINYA KENYANG... PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG..OMAK KAU


Luka Riadah - Puisi Pak Samad Said

Tiga musim tampaknya,
kita membiarkan sahaja lalang-lalang meliar dan tembok-tembok merkah,
genting-genting retak dan parit-parit turut pecah,
kita membiarkan khalayak sukan menderita.

Di Tengah-tengah kemegahan Negara yang sangat marak,
kita seolah lebih bersedia diasuh menjadi perosak.

Tanpa kita membahagiakan mahligai sukan beransur menjadi kawasan yang amat hantuan,
kita seolah tidak pun terasa apa lagi malu malah kita tak langsung rasa terganggu,
kita sedia rela melihat mahligai sukan terus cacat rosak serta sakit tanpa rawatan.

Kita memang mampu,
tapi oleh lagak bermegah tampaknya kita lebih selesa jadi pemusnah,
kerana dalam dendam hasrat yang amat hangat,
kita lebih bang menjadi kuasawan lebih bersiasah,
kita tidak tulus bagi memerintah negeri,
mungkin amat ramai kita dibakar api dengki.

Dan kita sengaja biarkan gedung riadah retak,
malah terus mereput ditengah minyak yang mewah,
kita terus menggerunkan warga penyu yang pilu,
tidak rela bertelur tidak mendamai disitu.

Kita memang mula kurang mampu lagi mencipta resahnya,
kita tak ternampak segak memerintah!

Kita patut malu kepada penyu samudera,
juga wajar segan kepada ikan dikuala,
kita telah lama melukakan perut buana,
dengan keangkuhan peribadi kurang bermakna.

Kini,
kita mula jadi bangsa yang saling berhasad,
teramat sedikit kita cuba menurut hajat.

Kita dengan pilu kini mengenangi pondok sukan,
yang terhindar tersingkir dan terbiar penuh segan.

Kerana di tengah kekayaan minyak Negara,
anehnya kita lebih pintar dan santai memusnah,
kita tak membangun semula mahligai riadah sebab….
sesame saudara kita massih bertelagah!


*** Dideklamasikan oleh penulisnya SN Dato’ A. Samad Said Dihadapan Rutuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Bersama Program ‘Himpun dan Ingat’  Jumaat 8 Jun 2012.

7 comments:

Anonymous said...

Inilah akibat kezaliman kerajaan UMNO/BN yang meruntuhkan bangunan-bangunan yang dibina oleh kerajaan PAS semasa memerintah terengganu.

Anonymous said...

Hancur UMNO.

Anonymous said...

Hancur UMNO.

af@sf said...

Hancur aku(umno)

Gobek said...

Hancur UMNO kepala hotak korang lerr! Sesama agama bermusuh macam orang takde agama. Ini ke yang Islam ajar?

Anonymous said...

Tak dok kejaan , baik aku gi ngail, doh lepas himpun tu stadium tu tok mung baiki ke

Unknown said...

pakat bowok bata ngan simen se sorang bekki stadium tu..duk dumoh makan jeput lg sedap...