Wednesday, June 20, 2012

JOM KITA BACA!!! UMNO terkedu dan mati kutu

UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh 1990 iaitu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sebagai satu tangkal untuk melagakan PAS dengan DAP.

Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya “MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh.

Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain pula yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang mana saham Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO-BN. Inilah fitnah Utusan Malaysia, salah satu akhbar UMNO. Karpal menyebut perkara lain tetapi dilaporkan dengan tidak jujur untuk melaga-lagakan PAS dan DAP pada tahun 1990.

Bagi PAS, ucapan Karpal Singh ini adalah pandangan peribadi. Apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS telah menubuhkan Panel Deraf Hudud yang diketuai oleh Yang Ariff  Tun Salleh Abs, bekas Ketua Hakim Negara bersama bekas Mufti Kelantan dan ulamak muktabar negara. Akhirnya pada tahun 1993,  undang-undang hudud dikanunkan (didokumenkan) di dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan.

Tidak timbul isu langkah mayat Karpal Singh yang masih hidup pada masa itu. Tidak ada huru hara pun. UMNO terkedu.

Apabila PAS mengambilalih Terengganu dari BN-UMNO pada tahun 2000, kerajaan PAS-Barisan Alternatif telah  mengkanunkan undang-undang hudud dalam undang-undang tubuh negeri Terengganu pada tahun 2002 tanpa timbul isu “langkah mayat kami dulu” dan Karpal Singh tidak kata apa-apa pun. Sekali lagi UMNO terkedu.

Masalahnya ialah UMNO-BN mendominasi pemerintahan negeri di banyak negeri tetapi TIDAK ADA LANGSUNG USAHA mahu mengkanunkan undang-undang hudud sebagai langkah pertama sebelum boleh dilaksanakan hudud.

Setelah 20 tahun berlalu, Karpal Singh mengatakan ucapannya “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sudah tidak relevan lagi. UMNO terus terkedu. Tapi UMNO buat-buat tidak dengar dan terus mainkan isu ucapan ini tanpa segan silu.

Seterusnya dalam hubungan DAP dengan PAS di bawah Pakatan Rakyat, Karpal Singh mengatakan “DAP akan pertahan agama Islam sebagai agama rasmi negara.” Beliau menyebut “DAP akan….” dan ucapan ini adalah pendirian rasmi DAP. Inilah satu pukulan maut pada UMNO.

Seterusnya DAP membuat kenyataan rasmi melalui Setiusaha Agungnya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ucapan LGE ini amat bercanggah dengan ucapan Presiden MCA rakan BN mengenai Islam.

Malah apa yang dibuat oleh DAP-PR di Pulau Pinang telah membuatkan mulut UMNO terkunci kerana semasa Gerakan-BN memerintah Pulau Pinang selama lebih 50 tahun, semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan DAP-PR tidak mampu dilakukan oleh Gerakan-BN walaupun UMNO mendominasi BN Pulau Pulau Pinang.

Dan UMNO terus terkedu serta mati kutu dan tidak mampu menafikan kesungguhan PR di Pulau Pinang walaupun DAP menjadi parti utama menerajui kerajaan Pulau Pinang.

PAS terus mengukuhkan hubungan baik dengan DAP kerana DAP lebih bersedia membuat perkara yang baik dan maaruf daripadaa UMNO yang menentang Islam, menghina Islam, dan menghina Allah dan Rasul. Islam menggalakkan kerjasama dengan siapa sahaja asalkan perkara yang dilakukan adalah perkara yang baik dan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah dan bukannya membawa kepada maksiat kepada Allah.


Hubungan baik PAS dan DAP menyebabkan UMNO menjadi semakin marah walapun terkedu dan mati kutu dalam tangisan yang tidak berairmata. Semoga kerjasama ini akan berterusan dalam konteks PR yang sepadu.

2 comments:

Yong said...

Salam PASPB

Terbaik!

Anonymous said...

Pencacai umno,apa tunggu lg?korangkn pembela agama no 1 ....x kn nk Tgk je pelakon porno tu kutuk Islam...Hina la mca,nak harapkn pemimpin umno pn mmg penakut dgn aktor porno soi lek tu....