Wednesday, June 20, 2012

PENGECUT!!! Ahli Parlimen BN tak berani bangun bila dicabar Anwar


Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim melalui media dan 'serang hendap' tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!"


Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.


“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.


Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.


Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus (gambar bawah).



Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.


Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Najib Altantuya.


Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.


Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib Altantuya yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas.



SEMENTARA ITU,


Anwar Ibrahim hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni.

 
(Anwar dalam sidang media di Parlimen hari ini)
 
Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion.

Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta.


"Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini.


"Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini," soalnya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta.


"Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan.


"Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana," katanya.


JALAN PULANG 

6 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

AKUAN BERSUMPAH ? SUDAHLAH..

SAMANLAH ZULKIFLI NORDIN JIKA ANWAR BENAR. KENAPA ANWAR TAK SAMBUT CABARAN ZULKIFLI?

ZULKIFLI KATA ANWAR ARAHKAN DIA BUAT AKUAN SUMPAH PALSU, KENAPA TAK NAFI?

Anonymous said...

Alajai SiLunChai hampa masih lagi munafik,penipu siZul Pelaq nie yang makin kesunyian dan terpinggir.Sudahlah pi mampoooossss le zul penipu,utang tarak mau bayar,sewa rumah tak mau bayar.Saman menyaman untungkan Gomen aje.

ALahaI sI LunCAi said...

HE! HE!

ORANG YANG PALING RAJIN MENYAMAN ATAU WARNING NAK SAMAN

1. ANWAR IBRAHIM
2. HUSAM MUSA ( LADANG KAMBING )

Anonymous said...

wahai luncai, ko tak mahu saman orang yang santau kentut kat ko

Anonymous said...

Biarlah silunchai tu..jgn layan dier...biarlah siluncai terjun dgn lembu2nyer dlm Bekas Najisssssss......hampeeeehhhh

Anonymous said...

Jgn emosi sgt,luncaikn x cerdik,kn mahathir sendiri ckp,org bijak kbanyakn sokong pakatan...