Tuesday, June 5, 2012

LAWAK PEKIDA!!! Dah tak ada idea nak buat demo kepada kerajaan PAS Kedah

Kelmarin Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida, dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya jawatan).

Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...


TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'


Antara tuntutan yang di tuntut kepada kerajaan PAS Kedah adalah seperti berikut :

1. MEMANTAU Operasi Pengeluaran lesen dan aktiviti Pusat Hiburan, Pusat Maksiat, Rumah Urut, Pub, Disko dan seumpamanya yang merugikan dan MEMURTADKAN Umat Islam dibawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS di Kedah.


(Kedah La: Alhamdulillah kerajaan negeri memang sentiasa memantau sekarang, cuma nak habag bagi tidak ada lesen dikeluarkan untuk Pusat Maksiat, Pub dan Disko. Lesen Rumah Urut ada dikeluarkan tapi untuk urut tapak kaki bukan pusat pelacuran. Bagaimanapun jika Pekida ada maklumat mengenai aktiviti maksiat di premis2 tersebut sila maklumkan secara tepat segala maklumat kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Minta maaf nak harap org PAS bg maklumat depa tak tau apa sebab depa tak pernah masuk tempat2 macam tu)

2. MENGHAPUSKAN unsur-unsur SYIRIK sama ada dalam bentuk monumen, tugu ataupun simbol-simbol yang berada di negeri Kedah TIDAK SELARAS dan BERCANGGAH dengan ajaran Islam dan Perlembagaan PAS (parti yang mentadbir Kedah).

(Kedah La: Setakat pengetahuan kerajaan negeri tidak ada monumen seumpama itu. Kalau Pekida ada maklumat sila maklumkan secara tepat untuk diambil tindakan)


3. MENJALANKAN operasi bersepadu agar anak muda,golongan remaja dan belia dapat dicegah dari aktiviti berpeleseran, jenayah jalanan, merempit, membuang masa, berkhalwat dan berzina.


(Kedah La: Kerajaan Negeri bimbing golongan remaja melalui Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Shakhsiah, Kem Belia Sejahtera dan macam-macam lagi. Jenayah jalanan dan rempit tu kerja polis, kena pi bagitau Najib atau Tok Mat Bashah. Konsert K-Pop untuk galak remaja bermaksiat dianjurkan oleh BN bukan PAS. Faham noooo)


4. MEMELIHARA Tanah Wakaf, Mahaahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat. Menjalankan usaha dakwah serta pengimarahan surau, masjid dengan kegiatan berfaedah dan perancangan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang berterusan dengan dokongan dan bantuan kukuh pihak kerajaan negeri, JAIK dan MAIK serta agensi berkaitan.


(Kedah La: Setakat ini semua itu dipelihara dengan baik. Jika ada tanah wakaf yang tidak berfungsi dengan baik, kerajaan lakukan Istibdal (pindah wakaf) supaya harta wakaf diimarahhkan dgn pelbagai kegiatan. Bantuan untuk institusi pendidikan Islam pun macam2 dihulurkan tidak seperti semasa BN perintah negeri dulu)

5. MENJALANKAN usaha-usaha terancang, bersungguh ke arah mengurangkan kemiskinan dan peningkatan peluang ekonomi di kalangan umat Islam Kedah. Ini disebabkan 'kemiskinan boleh menghampirkan umat ini ke arah kekufuran'.


(Kedah La: Alhamdulillah semua saranan itu telah dilakukan dgn baik berdasarkan kemampuan kerajaan negeri. Cuma yang tak buat kerja itu ialah Kerajaan Pusat.. Pekida kena pi habag kat Najib atau wakilnya Tok Mat Bashah mengenai isu ini)


6. MENYEMARAKKAN usaha pendidikan Islam yang sebenar bagi membolehkan lebih ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dilahirkan selain ilmuan dalam bidang keagamaan.


(Kedah La: Itu pasailaa kerajaan besarkan KUIN, tambah kursus pengajian, bina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Masalahnya puak2 pembangkang iaitu BN di Kedah kata besarkan KUIN tu membazir, Pekida kena pi serang puak UMNO tu)


7. MEMELIHARA alam sekitar, ekologi dan persekitaran dengan sebaiknya untuk keseimbangan hidup sepertimana tuntutan agama agar keuntungan tidak dilebihkan sehingga alam sekitar dirosakkan.


(Kedah La: Alhamdulillah semuanya terkawal oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan... dua2 tu agensi kerajaan Pusat/BN. Kalau depa tak buat kerja hantam depa cukup2)


8. MENINGKATKAN amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran kondusif dalam semua bidang kehidupan sama ada ekonomi, politik, pentadbiran, sosial, dan kemasyarakatan disebabkan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.


(Kedah La: Alhamdulillah semua yang disaran tu sudah pun berjalan dengan baik. Isu sampah sarap ni hanya teruk di zaman BN dulu, laa ni semua cantik merelit).


9. MEMUPUK ukhwah dan semangat perpaduan dan penyatuan dikalangan umat Islam agar sentimen benci membenci, prasangka,taksub membabi buta kepada puak dapat dikendurkan disebabkan sentimen sebegitulah yang seringkali menjadi penyumbang sehingga persaudaraan Islam menjadi longgar.


(Kedah La: Kerajaan negeri sentiasa memupuk perpaduan di kalangan rakyat, malangnya usaha tersebut dipecahkan oleh puak pembangkang Kedah yang tak habis2 buat demonstrasi haram, usaha menjatuhkan kerajaan negeri, menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan negeri)


10. BERMUSYAWARAH, bermuafakat, berlaku adil dan ihsan dengan semua pihak berkepentingan bagi apa-apa isu yang melibatkan kepentingan umat Islam di negeri Kedah.


(Kedah La: Hak ni pun merelit..telah dibuat dgn baik oleh kerajaan negeri tahap A++++)


11. BERSUNGGUH, ikhlas,jujur.dalam melaksanakan kesemua perkara di atas dengan mengketepikan sentimen politik, kepentingan diri, puak atau parti.


(Kedah La: Alhamdulillah.. selama 4 tahun PAS perintah Kedah semua dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sentimen politik kepartian)

1 comment:

wak jhali said...

yang ni memang lawak bodo pekida..betulx bodo..depa nih berdemo menuntut bendax tu diambil perhatian hanya dinegerix bawah perintah PR aje..tetapi mereka membutakan mata mereka pada negerix perintah BN...lebih teruk lagi..pekida nak tunjuk baik tapi salah tempat..banyak ahli pekida sendiri tak mengamalkan prinsip dan moto "amar makruf nahi mungkar"..malah mereka tak tahu pun apa maksud katax tersebut..berkaraoke..bergaduh..tak bersolat..mainan aje bagi mereka..
maka perbetulkan halx dalaman ahlix pekida dulu...lagi bagus wahai tokx panglima..