Saturday, June 9, 2012

NASIB ' SIAL' UMNO!!! Tujuannya nak kata "Padan Muka Kamu", yang dapat " Padan Muka Aku"


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Janji itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak muda.
Mungkin kerana gusar dengan perkembangan itu, Umno BN kemudiannya cuba 'menguji' kerajaan Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyekat pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru di kedua-dua universiti itu.

Pada anggapan mereka, Kerajaan Selangor tidak akan mampu menyediakan dana menggantikan pinjaman kepada pelajar Unisel dan isu itu pada mereka, akan meletup dengan persepsi bahawa 'jangan percaya janji Pakatan Rakyat lagi'.

Orang yang dilihat gembira dan 'mastermind' disebalik pembekuan itu adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang turut disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam reaksi mereka, seolah-olah mahu berkata 'padan muka kamu' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun reaksi mereka itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa pemimpin Umno sendiri yang melihat tindakan itu terlalu politik sehingga sanggup menggadai kebajikan pelajar.

Tetapi kedua-dua pemimpin ini akhirnya terpaksa 'menjilat ludah sendiri' apabila tiba-tiba Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha tersebut.

Belum sampai 24 jam pengumuman itu dibuat, PTPTN semalam mengumumkan pula pembatalan pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksinya ketika berceramah di Kelantan malam tadi berkata, tindakan u-turn itu dibuat Umno kerana panik dengan kemampuan kerajaan negeri.

“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” katanya.

Banyak pihak melihat, pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.

Mata pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya menarik sokongan anak muda.

Mata kedua pula diperolehi melalui debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan mampu dilaksanakan.

Manakala mata ketiga, baru sahaja diperolehi apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis semalam.

10 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya artikel.hahahahahaha.knp umum jer beku gagap x umum bila tarik balik baru umum..bapak penipu lah korang ni

Anonymous said...

pencacai umporno ni macam badut umno merah kat gambar dalam artikel. nampak biol bila komen. aku tak faham komen dia, dia tulis apa tak tahu

Anonymous said...

Tindakan rejim UMNO memakan diri sendiri.......kahkahkah, PR 3-0 BN.

Anonymous said...

masalah umum dah..dah dalam tv 3 suku tak masuk..duk masuk yang dioarang umum je..apa kejadah... malu la sikit dengan pemimpin sndiri...

hahaha rasa tersimpul urat perut tergelak..

Anonymous said...

haha..kata rizab tunai negeri berbilion2..apesal bila kena beku baru nak cari sources untuk biaya student2 tu..nmpk sgt xpenah difikarkn pasal 'free education' ni..isk isk..bukan main berdemo segala,bila di acah sikit tuduh juga balik kerajaan n ptptn ni zalim sbb menidakkn hak student n rakyat untuk dpt loan belajar..apa je la yg korang nak sebenarnya ni..

Anonymous said...

Anonymous 6 Jun tak gi sekolah tinggi dia graduate sekolah atap...pasal tu komennya teramat merapu. Tu lah dulu makpak kamu suruh mengaji kau lari ponteng. Padan muka.

Anonymous said...

Kah Kah Kah.. Jumlah pelajar baru Unisel 1000 orang je yg dibeku pinjaman, dah mula panik jual aset2 Selangor?

Dulu Disember 2011 kemain berkokok Selangor jimat RM1.9 bilion, mana duitnya macha?

Pengundi atas pagar pun nampak siapa sebenarnya yang lebih prihatin.

Anonymous said...

Cairkan aset itu tindakan betul dari kerajaan PR Selangor pimpinan Komrad Khalid Ibrahim untuk jaga kebajikan pelajar2 Unisel.

Lagi baik drpd mafia2 UMNO yang jual tanah rizab Melayu untuk kayakan diri sendiri. Tanah Melayu tergadai, rakyat tak dapat apa2, mafia2 UMNO kaya dgn duit haram.Ptuihhh!!!

Sebenarnya, kalau Menteri bekukan PTPTN kepada Unisel pun takpa gak pasal ia akan menimbulkan lagi kemarahan rakyat kepada BN. Tu pasal bila momentum kemarahan rakyat semakin bertambah disebabkan pembekuan tsbut, Khaled Nordin terhegeh2 tarik balik pembekuan tersebut.

Apa pun, keputusan Komrad Khalid Ibrahim untuk cairkan aset itu dalam masa kurang dari seminggu selepas tarikh pembekuan PTPTN tersebut adalah tindakan tepat dan cepat. Lagi hebat dari mafia2 UMNO yang duduk ternganga layan projek haram.

Jangan risau, kalau dibekukan pun, ramai kader2 PR dan massa pekerja di Selangor akan sumbang duit untuk pelajar Unisel.

Papepun, duit PTPTN tu duit rakyat bayar cukai, bukan duit gerombolan UMNO, kahkahkahkah!!!!!!

Anonymous said...

Bingai piang.. Dah namanya Rizab, utk kes kecemasanlah banganggg

Anonymous said...

Tanah rizab Melayu tak boleh dijual sesuka hati, Chai2. Tanah rizab Melayu tak boleh dijual kepada orang-orang bukan Melayu walau apa jua sekalipun, hatta waktu kecemasan sekalipun. Ia mesti diusahakan oleh orang Melayu sahaja.

Bingai piang rupanya org yang rembat tanah rizab Melayu kasi kat orang bukan Melayu untuk jadi kaya.

Tak macam Khalid Ibrahim. Keputusan Khalid Ibrahim memang tepat. Pencairan aset Unisel tu takkan mengancam tanah rizab Melayu, kahkahakah :p