Tuesday, July 10, 2012

DEBAT KHALID SAMAD Vs HASAN ALI!!! Hasan Ali tolak , bagi alasan Majlis Syura JATI tak benarkan


SHAH ALAM, 9 JULAI : Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menyifatkan cabaran debat daripada Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali sebagai satu tindakan terdesak dan tidak profesional.

Kata Dr Abdul Rani, jika Hasan mengatakan dirinya profesional, beliau tidak seharusnya menetapkan tarikh untuk berdebat sesuka hati.

“Kalau nak berdebat perlu ada persetujuan kedua-dua pihak. Saya tidak pernah bersetuju untuk berdebat dengannya.

“Dia dah dipecat baru sibuk-sibuk nak turun padang. Bila dah tak ramai orang datang nak dengar ceramahnya dia cuba mencari isu lain untuk menonjolkan dirinya semula,” katanya dalam sidang media di luar Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Dr Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan menghantar surat kepada Dr Rani yang menetapkan tarikh dan tempat lokasi debat tersebut tanpa mendapat persetujuan Dr Rani.

Debat yang bertajuk ‘Dimanakah Hala Tuju PAS Selangor’ yang dianjurkan JATI dijadual berlangsung pada 11 Julai ini di Meru, Klang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Dr Hasan seharusnya mengajak beliau berdebat kerana permasalahan antara mereka belum selesai.

“Dia sendiri dah menuduh saya parasit dalam PAS dan saya sendiri mempunyai isu-isu mengenai JATI”, kata Khalid di dalam sidang media yang sama.

Khalid berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan Dr. Hasan sebagai jalan terbaik untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Hasan.

“Saya sendiri dimaklumkan Sinar Harian sudah berusaha mengaturkan debat diantara saya dan Dr. Hasan sejak dari bulan Februari lagi.

“Namun beliau tidak bersetuju atas alasan majlis shura JATI tidak membenarkan untuk beliau berdebat,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor.

Katanya, debat yang dianjurkan oleh Dr.Hasan merupakan tindakan terdesak JATI bagi meraih sokongan kerana tiada sambutan terhadap ‘roadshow’ persatuan itu.Selangorku

5 comments:

Anonymous said...

Buat apa lah kamu Dr rani nak melayan si pengkhianat bermuka celaka sial tu. Jauh sekali taraf muka hodoh tu nak berdebat dengan Khalid Samad yang jauh lebih pro dan kualiti daripada si sial tu (kaki ampu dan cakap bersembur air liur).

Anonymous said...

Tak pasal-pasal DHA kena maki oleh orang ramai. Sebagaimana yang saya tau, dia ni cakap ni bersemangat hingga bergegar pentas apalagi rostrum. Hebat! hebat! Tapi jadi parasit dalam PAS. Dah kena humban keluar tu awang ooi, tak sedar diri lagi ke?

Anonymous said...

Ah San Ahlee @ DHA sejak jadi taukeh Beras Jati ni dh meroyan n pandai ckp mcm umporno... fitnah memanjang sama mcm Utusan Meloya.... hanya melayu x cukup akal n berjiwa hamba aje yg sokong.... hrp kita luapakan dia n tengok lepas PRU13 nanti umporno x pandang lagi dgn nya..... caya lah....

Anonymous said...

Aik bila YB khalid sahut cabaran berdebat dalam anjuran Sinar tau plak goyang. Kata hebat sangat ada PHD DARI OVERSEA. DASAR MANUSIA MUNAFIK!

-wakleman

Anonymous said...

Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

-主办单位: MCA Selayang..