Friday, July 13, 2012

DEDAH!!! Bagaimana Muhdalina boleh percaya pada Al-Mahdi mengamuk JPM


KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.


Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.


Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.

 
 
Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.


Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan

antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus  dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.


Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

 
 
Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.


Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.


Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.


Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.


Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.


Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.


Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.

 
Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir  akidah terjejas.


Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).


Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.


Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.


Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.


Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.


Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.


Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.SH

5 comments:

TRUE POWER said...

dia ni mungkin ada penyakit mental

Anonymous said...

Pada pandangan aku perbuatan amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sebagai kes terpencil saja.

Kalau Khalil Afandi dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti.... mana mungkin orang seperti itu boleh berfikir waras sambil menggunakan internet untuk mengembangkan fahamannya sebagai imam Mahadi ?

Memang tidak dinafikan dalam Malaysia ini memang ada orang gila malah akan bertambah ramai yang akan menjadi gila bila BN tumbang dan jadi pembangkang dalam parlimen.

Aku tidak teragak-agak mengatakan bahawa tindakan mengamok itu ada muslihat tertentu yang berkaitan dengan emosi politik pemimpin Barisan Nasional dalam keadaan yang tertekan sekarang.

Masih ingat lagi, telah diberitakan kononnya Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)... tapi sehingga hari ini kes itu tidak dibangkitkan, mengapa ?

Kita tunggu dan lihat episod seterusnya yang bakal PDRM lakukan berkaitan dengan kes amok imam mahadi....

6803man sarawak said...

Citer ni bebelit2.btambah mengong otak bfikir

Anonymous said...

saya tak paham ngan anonyous nih...
kenapa perkara ni di politikkan....
dalam perkara begini kita perlu bersatu hati terutamanya orang melayu. kerana yangmelakukan perbuatan ini juga orangmelayu.. kenapa kita perlu menuding jari kearah orang lain dan sepatutnya kita mencari jalan penyelesaian.... kita sesama melatyu berperang bangsa lain bertepuk tangan.. akhirnya kita akan jatuh seperti Singapura.. menjadi hamba di negara sendiri....

Anonymous said...

Bro, bangsa lain pun cakap macam ko juga. kita cina bergaduh orang melayu tepuk tangan. itu semua bahasa umno yang dah takut hilang kuasa