Friday, July 27, 2012

JANJI DICABULI!!! UMNO gadai Tanah Rezab Melayu lagi

Umno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..

tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.


Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.

Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu.

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.

"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah  lot 5233, 7058 dan 7059.  

"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.

Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.SUMBERumno peduli apa pasal ketuanan Melayu...habis tanah rezab Melayu di belasah oleh gerombolan penyamun umno nih..

tapi umno dgn muka tak malu cuba berlakon depan orang Melayu sebagai pejuang ketuanan melayu..siang hidup Melayu..malam jual tanah Melayu.. inilah budaya haramjadah pemimpin umno sejak sekian lama..



2 comments:

Ibejey said...

Pengelaman saya tidak siapa yang ada kuasa untuk memansuhkan tanah rezab melayu baik umno atau menteri besar....ape yang berlaku dinegeri pahang terutama tanah rezab melayu dipersisiran pantai yang digazet sebagai zone pembangunan perniagaan hotel atau pelancongan diboleh dikeluar dari rezab melayu dengan syarat GANTI atau "SWAPPING"yang mana pemilik MESTI memiliki tanah bukang rezab melayu dan luasnya sama atau lebih, mereka boleh memohon kpd kerajaan negeri memohon pertimbangan tukar ganti ini....jika diluluskan nilai tanah ini naik berlipat kali ganda (tidak semua permohonan diluluskan) ..katakan anda seorang melayu yang memiliki tanah spt diatas dan ingin memajukan tanah ini maseh dibawah syarat rezab melayu dan tapak itu sesuai untuk hotel 5 bintang spt kebanyakan tanah orang melayu dipantai cerating itu......katakan juga anda boleh menjual tanah ini dgn harga 200000 seekar dan jika ditukar ganti harganya menjadi 600000 seekar. ?.ape yang anda akang buat sediri tau jawapanya.....

Anonymous said...

tanab rezab kena ganti tapi umno tak pernah nak ganti, itu janji dalam akta . ada umno kisah, semuanya dicabuli bukan ditepati