Monday, July 30, 2012

KANTOI!! Najib berbelanja besar kempen Iklan PM tapi populariti kian turun...




KUALA LUMPUR – Akses maklumat yang lebih baik di kalangan rakyat menjadi punca populariti Datuk Seri Najib Razak semakin menurun terutama sejak paparan kempen iklan Perdana Menteri itu disaluran media tempatan.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia menyebabkan semakin ramai mengetahui kepincangan pentadbiran kerajaan Umno BN seraya membangkitkan rasa tidak puas hati mereka. “Pada masa sama, semakin ramai juga yang dapat melihat pilihan dan tawaran yang dibawa Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi.


Sedar dan memandang serius senario ini, justeru Najib sehingga kini takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang.“Memang boleh nampak Najib dalam keadaan terdesak, terutamanya apabila beliau berbelanja besar untuk menaikkan imej dirinya menerusi iklan dan kempen.


“Saya tidak fikir ia akan bawa kesan besar kerana rakyat akhirnya akan melihat dasar pokok yang dibawa parti politik itu sendiri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu lagi.

Kaji selidik terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti Najib terus menurun, terutamanya di kalangan orang Melayu dan India.

Sokongan orang Melayu berkurang daripada 79 kepada 75 peratus manakala kaum India pula menurun daripada 72 kepada 69 peratus.


Secara keseluruhan, populariti Najib pada kadar 64 peratus, kurang satu peratus daripada sebelumnya. Sebanyak 44 peratus responden pula tidak berpuas hati dengan kerajaan Umno BN.



Mengulas perbezaan itu, Nik Nazmi berkata, catatan itu menunjukkan rakyat telah hilang kepercayaan kepada Umno BN sebagai satu jenama yang baik dan meyakinkan.“Rating Najib pula sedikit tinggi kerana beliau boleh dikira pemimpin yang baru berkuasa, maka rakyat menaruh sedikit harapan kepadanya.


“Tapi rating itu kian menurun, dan ia menunjukkan harapan rakyat kepadanya turut menyusut dari semasa ke semasa,” tambah Nik Nazmi. – Keadilan

2 comments:

Hamdan Rukun said...

KAJIAN INI DIBUAT SERTA MERTA SELEPAS BADAN BERKECUALI MENDAPATI POPULARITI NAJIB MENINGKAT MANAKALA NIK AZIZ DAN NUAR BRAHIM MERUDUM.

HE!HE!HE! BUDAK DARJAH 6 PUN BOLEH BUAT TAFSIRAN...

Anonymous said...

trima jela knyataan yg najip akn mnjunam kepala dulu.