Wednesday, July 18, 2012

MAI BANDING!!! Rugi di bawah BN, Untung di bawah Pakatan

http://www.pnsb.com.my/pnsb/default/img/web/logo.gifKUALA LUMPUR: Rugi untuk empat tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Umno BN Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mula mencatat keuntungan di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, PNSB mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM0.9 juta pada tahun 2005, RM7.5 juta (2006), RM1 juta (2007) dan RM15.6 juta pada 2008, lapor Selangorku semalam.

“Selepas beralih kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 juta pada 2010 dan RM 28.4 juta pada 2011,” kata Pua semalam di petik daripada portal web Free Malaysia Today.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menunjukkan PNSB mempunyai jumlah aset berjumlah RM761 juta bagi tahun 2010 dan RM823 juta bagi tahun 2011.

Pada tahun 2008 dan 2009 PNSB masing-masing memiliki aset bernilai RM111 juta dan RM115 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Chua Tee Yong mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari Kerajaan Negeri.

Beritahunya lagi, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta.

Tony turut mengulangi cabaran kepada Chua untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran tentang isu ini.

“Walaupun Chua menolak tawaran debat saya, saya berharap bahawa dia akan menimbang semula tawaran itu untuk membahaskan hutang Talam yang dia bangkitkan atau mungkin sekurang-kurang boleh mengajar saya tentang perakaunan yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

5 comments:

Anonymous said...

Takde sape nak percaya cakap kerajaan selangor skg ni. Banyak na putar belit kenyataan.

Anonymous said...

Seekor lg mangsa kebodohan umno(pkomen kt atas),kalo ko nk tau citer sebenar,jgn la dok baca utusan meloya/berita hairan atau mgadap tv1/3,pegi kt pejabat kerajaan selangor atau cek laporan audit negara utk mgetahui apa2 maklumat ttg selangor...Ko ingt umno bagus sgt jaga selangor? Cuba tgk bekas menteri besarnya sebelum ni(khir toyo),itu ke pemimpin yg ko harapkn jaga selangor? GELAP MASA DEPAN!!!!!!

Anonymous said...

Aset2 negeri pakatan telah menjadi idaman bg puak bahalol umnonok be end kalau menang pru13 nanti..meleleh air liur sampai ke perut buncit yg penuh hasil rasuah..khir toyo kalau ada chance,mau dia sauk smua nye..ape nak heran,penjara setahun jer..ABU..