Monday, July 23, 2012

PARIT BUNTAR!!! 900 waris sertai tahlil anjuran PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR; 15 Julai :  Majlis Munajat dan Tahlil Perdana anjuran PAS Parit Buntar pada 29 Mei lalu telah dihadiri ahli dan penyokong PAS seluruh Parit Buntar.
Majlis ini yang dibuat pertama kalinya oleh Lajnah Tarbiyah yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Yaakob disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh Uztaz Dato Abu Bakar Chik, AJK Pas Pusat dan Ustaz Zanul Asri Ramli, Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah.

Ust. Muhammad berkata, program bermula dengan solat maghrib dan dikuti dengan tahlil.
" Penyertaan untuk tahlil sangat menggalakkan dengan hampir 900 waris yang menyertainya.
" Selepas solat Isyak diadakan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Zainul Asri Ramli memohon agar Allah memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya ke 13 seterusnya dapat membentuk kerajaan baru di Putrajaya" katanya
Menurut Ust. Muhammad, program disambung dengan ceramah Ustaz Zainul Asri yang menekankan kepada ahli dan penyokong PAS agar sentiasa bermunajat kepada Allah setelah menjalankan kerja-kerja dengan bersungguh-sungguh untuk memenangkan perjuangan Isalam di Malaysia ini.
" Beza antara PAS dan UMNO ialah pergantungan kepada Allah dalam perjuangan.

" Bagi UMNO, untuk mencapai kemenangan mereka tidak mengira halal haram dan larangan Allah. Dengan demikian mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh Allah seperti melakukan rasuah, penyelewngan kuasa, menipu dan sebagainya. Sedangkan segala yang dilakukan  itu akan diberi balasan oleh Allah samada dosa atau pahala"katany


Tambah Ust. Zainul Asri, PAS yang memperjuangkan Islam ini hendaklah menjadi diri semua ahli dan penyokongnya bergantung penuh kepada Allah setelah kerja-kerja dibuat dengan penuh kesungguhan.
" Ini kerana kemenangan itu datangnya dengan izin Allah.
" Maka doa dan harapan kepada Allah dijadikan sebagai senjata terakhir dalam perjuangan. Semua ahli dang penyokong PAS diminta melakukan munajat secara berterusan sehingga tiba waktu pilihanraya ke 13 kelak"katanya

Sementara itu, Ustaz Dato Abu Bakar Chik pula mengajak semua ahli dan penyokong PAS agar terus berjuang menentang UMNO/BN tanpa rasa jemu dan lelah sehingga Allah memenagkan perjuangan ini.
" UMNO/BN ini sudah hampir sampai ke penghujung hayat mereka kerana mereka telah lama diberi peluang untuk memerintah Malaysia ini.

" Banyak parti yang memerintah di negara-negara di dunia ini telah tumbang dan kini akan tiba untuk UMNO/BN pula.\"katanya
Ust. Abu Bakar berkata, rakyat di banyak negara telah melakukan perubahan dalam politik mereka kerana kerakusan dan kejelekan pemerintahan yang berkuasa.
" Kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden Mesir baru-baru ini menunjukkan satu perubahan baru kepada sokongan parti Islam.

" Kebangkitan rakyat yang memberi dan menyokong Islam telah mula berkembang di seluruh dunia. Ini menunjukkan Islam telah mendapat tempat di hati rakyat terutama golongan muda. Hakikat ini juga berlaku di negara kita kerana golongan muda telah mula menunjukkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. InsyaAllah apa yang berlaku di Mesir akan menyusul di Malaysia pula"katanya MKA

No comments: